CHECK BALANCE MYSARA 2026 : SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD
Bantuan mySARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah yang dikreditkan dalam MyKad boleh digunakan pada bila-bila masa dan baki (balance) yang tidak habis digunakan juga masih boleh digunakan pada bulan-bulan berikutnya untuk pembelian barang keperluan asas.
Bagaimanakah cara check balance mySARA 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026 TELAH DIUMUMKAN
KADAR BANTUAN MYSARA 2026
Berikut merupakan kadar Bantuan mySARA yang dikreditkan mengikut kategori dan kelayakan setiap penerima :
- Bantuan SARA Bulanan :
| KATEGORI & KELAYAKAN | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun |
| Isi Rumah M40 | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas B40 | RM150 sebulan sehingga RM1,800 setahun |
| Warga Emas M40 | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
| Bujang B40 | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun |
| Bujang M40 | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
- Bantuan SARA One-Off :
| KATEGORI & KELAYAKAN | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Semua Isi Rumah (B40, M40 & T20) | RM100 One-Off |
| Semua Warga Emas (B40, M40 & T20) | RM100 One-Off |
| Semua Bujang (B40, M40 & T20) | RM100 One-Off |
TARIKH KREDIT MYSARA DALAM MYKAD 2026
Berikut pula adalah tarikh Bantuan mySARA dikreditkan dalam MyKad setiap penerima :
| JENIS BAYARAN | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Bayaran Bulanan | 9-16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
| Bayaran One-Off | 9 Februari 2026 |
TEMPOH GUNA BALANCE MYSARA 2026
Namun, penerima perlu mengetahui bahawa baki (balance) Bantuan mySARA mempunyai tempoh sah guna yang ditetapkan seperti berikut :
| JENIS BAYARAN | TEMPOH GUNA | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|---|
| Bayaran Bulanan | 12 bulan | 31 Disember 2026 |
| Bayaran One-Off | 11 bulan | 31 Disember 2026 |
CARA CHECK BALANCE MYSARA 2026
Bagi penerima Bantuan SARA Bulanan dan One-Off boleh semak berapa baki (balance) yang masih ada dalam MyKad mengikut panduan di bawah :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Pilih jenis bayaran yang anda terima [SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & SARA One-Off].
- Contoh : pilih [SARA Bulanan & SARA One-Off].
- Pengenalan Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Klik pada butang [TERUSKAN].
- Seterusnya, klik pada butang [LOG MASUK].
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang tersebut.
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda yang aktif.
- Tandakan pada [Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma Akses dan Notis Privasi].
- Klik pada butang [LOG MASUK].
- Papan pemuka penerima akan dipaparkan.
- Klik pada [Semak Kelayakan & Baki].
- Baki (balance) Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.