BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
Bagi tahun 2026, Kerajaan Negeri Sabah telah meluaskan pemberian Bantuan Syukur Sabah kepada seramai lebih 140,000 ribu penerima yang layak berbanding tahun lalu yang diberikan kepada 100,000 ribu penerima sahaja.
Bagaimanakah semakan status kelayakan peenrima Bantuan Syukur Sabah? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SARA
APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH?
Program Bantuan Syukur Sabah adalah ‘Sentuhan Kasih Rakyat Sabah’ yang merupakan sebuah program pembasmian kemiskinan yang diagihkan oleh Kerajaan Negeri Sabah khusus untuk rakyat yang tergolong dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar.
KADAR BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Kerajaan Negeri Sabah memperuntukan sebanyak RM2,400 bayaran bagi setiap seorang penerima dan setiap penerima akan terima bayaran setiap fasa dengan kadar sebanyak berikut :
| PERINGKAT FASA | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN | KADAR BAYARAN SETIAP FASA |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari – RM200 Februari – RM200 Mac – RM200 | RM600 |
| Fasa 2 | April – RM200 Mei – RM200 Jun – RM200 | RM600 |
| Fasa 3 | Julai – RM200 Ogos – RM200 September – RM200 | RM600 |
| Fasa 4 | Oktober – RM200 November – RM200 Disember – RM200 | RM600 |
MEDIUM BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Rakyat Sabah yang layak akan menerima bayaran Bantuan Syukur Sabah melalui dua (2) medium bayaran yang ditetapkan seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara automatik setiap fasa |
| Penerima tiada akaun bank | Dibayar secara tunai di bank atau di pusat agihan yang ditetapkan oleh Kerajaan Sabah bagi setiap fasa |
SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Penerima Bantuan Syukur Sabah adalah dipilih berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Tempat Kelahiran | Lahir di Sabah dan merupakan pemegang Kad Pengenalan status ‘H’ (Sabah) |
| Status Kediaman | Bermastautin di Sabah lebih satu (1) tahun |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas (semasa memohon) |
| Kadar Pendapatan | Pendapatan bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa |
| Pendaftaran eKasih dan PADANS | Berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih atau PADANS (Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah) |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Yang telah memohon Bantuan Syukur Sabah kini boleh buat semakan status kelayakan seperti berikut :
- Layari laman Portal Rasmi ‘Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025’ di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 7002301123345.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Untuk dapatkan informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, pihak tuan / puan boleh dapatkan daripada pihak berwajib melalui talian dan e-mel tertera di bawah :
- Talian SYUKUR : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.