CIKGU COS KPM : 2026 PERMOHONAN, SYARAT KELAYAKAN & GAJI

CIKGU COS KPM : 2026 PERMOHONAN, SYARAT KELAYAKAN & GAJI

Permohonan pengambilan Guru Contract of Service (COS) Gred DG9 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seramai 20,000 orang kini dibuka bermula hari ini. Calon yang memenuhi kelayakan boleh membuat permohonan segera sebelum ditutup.

Bagaimanakah permohonan cikgu cos kpm 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK BAKI SARA BULAN 3 2026 : YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN

PENGENALAN CIKGU COS KPM

Cikgu COS iaitu Contract of Service merupakan inisiatif khas Kementerian Pendidikan (KPM) untuk pengambilan seramai 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara kontrak untuk Graduan Ijazah Bukan Pendidikan bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Pengambilan cikgu Contract of Service, KPM adalah seperti berikut :

  • Calon yang layak atau terpilih diwajibkan untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) selama satu tahun (3 semester) di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan.
  • Mod Pengajian : Pembelajaran akan dilaksanakan secara Hybrid.
  • Kos yuran pengajian PDPP adalah di bawah pembiayaan sendiri oleh calon (bukan tajaan kerajaan).
  • Layak ditempatkan di Sekolah Rendah di bawah seliaan KPM.

SYARAT PERMOHONAN CIKGU COS KPM

Individu atau calon yang berminat menyertai pengambilan cikgu cos perlu memenuhi syarat berikut :

Syarat Umum :

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyakit kronik, kecacatan pancaindera, atau masalah mental yang boleh menjejaskan tugas pengajaran;
  • Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki BMI (Indeks Jisim Tubuh) semasa 18.5 hingga 32.5;

Syarat Akademik :

  • Kepujian Subjek Bahasa Melayu SPM/SVM, sekurang-kurangnya C;
  • Graduan Ijazah BUKAN BIDANG PENDIDIKAN;
  • Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana universiti awam atau swasta atau luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Pencapaian PNGK sekurang-kurangnya 2.50;

KATEGORI CALON TIDAK LAYAK MOHON CIKGU COS

Antara kategori yang tidak layak memohon Guru Contract of Service adalah:

  • Graduan pendidikan termasuk mereka yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau DPP.
  • Guru lantikan kontrak interim dan guru kontrak lantikan SPP.
  • Calon yang pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan awam.
  • Individu yang sedang atau pernah menjadi bankrap dan belum dilepaskan.

AMAUN GAJI CIKGU COS KPM

Calon yang terpilih dan berjaya menyertai Guru Contract of Service KPM, sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 layak menerima kadar pendapatan seperti :

GURU KPMGAJI
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9,
Contract Of Service (COS)
Gaji Pemula : RM2,360 sebulan
Kenaikan tahunan : RM225

TARIKH PERMOHONAN CIKGU COS KPM

Berikut ialah proses pengambilan dan tarkh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian :

TARIKH PENTINGINFO PENTING
23 Februari 2026Hebahan Panggilan Guru
2 – 20 Mac 2026Permohonan Dibuka
27 April – 14 Mei 2026Proses Saringan Temu Duga

CARA PERMOHONAN CIKGU COS KPM

Panduan lengkap cara mohon Guru Contract of Service 2026 seperti berikut :

  1. Layari laman portal rasmi myPDPP di pautan : https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/
  2. Laman utama portal akan dipaparkan.
  3. Klik Daftar Pengguna/ Akaun Baharu dan lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan tepat.
  4. Setelah pendaftran telah berjaya dilakukan, log Masuk ke Portal menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan tepat.
  6. Pastikan semua medan bertanda * diisi dengan lengkap.
  7. Semak butiran maklumat sebelum hantar, dan klik [hantar].
  8. Simpan dan cetak permohonan untuk tujuan rujukan.
  9. Sahkan ujian e-UKCG pada 30 Mac 2026 sehingga 8 April 2026.
  10. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Guru Contract of Service (COS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.spp.gov.my/pengumuman/2026/pengumuman-umum/hebahan-pengambilan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg9-tahun-2026

Leave a Comment