SEMAKAN BANTUAN MYKAD BULANAN : JIKA LAYAK BANTUAN DIKREDITKAN SETIAP BULAN

SEMAKAN BANTUAN MYKAD BULANAN : JIKA LAYAK BANTUAN DIKREDITKAN SETIAP BULAN

Kerajaan Malaysia meneruskan penyaluran elaun perbelanjaan menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 yang dikreditkan terus ke dalam Kad Pengenalan penerima. Bagi individu yang lulus, elaun tanpa tunai (cashless) ini dimasukkan pada setiap bulan bagi membantu membeli barangan keperluan asas.

Adakah MyKad anda telah dimasukkan elaun ini? Artikel ini menyediakan panduan lengkap bagi semakan bantuan MyKad bulanan, kadar bayaran mengikut kategori penerima, jadual pengkreditan, serta cara membeli barangan di premis berdaftar.

Baca juga: SEMAK BAKI MYKASIH TERKINI DALAM MYKAD SECARA ONLINE

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD BULANAN

Pengkreditan elaun bulanan ke dalam MyKad diberikan secara automatik mengikut penetapan kriteria kelayakan berikut :

JENIS SARAKELAYAKAN
SARA EKASIHWarganegara Malaysia;

Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, Bujang
SARA BUKAN EKASIHWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, Bujang

KADAR BAYARAN BANTUAN MYKAD BULANAN

Amaun bantuan MyKad bulanan dimasukkan secara automatik pada setiap bulan mengikut kategori penerima :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Sebulan

(Total Setahun : RM2,400)
RM100 Sebulan

(Total Setahun : RM1,200)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Sebulan

(Total Setahun : RM1,800)
RM50 Sebulan

(Total Setahun : RM600)
BujangRM100 Sebulan

(Total Setahun : RM1,200)
RM50 Sebulan

(Total Setahun : RM600)

CARA PELAKSANAAN BANTUAN BULANAN

Bantuan MyKad bulanan dilaksanakan seperti berikut :

NAMA BANTUANKAEDAH BAYARANMEDIUM BAYARAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)Tanpa Tunai (cashless)MyKad (Kad Pengenalan)

Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD BULANAN

Elaun bulanan bantuan MyKad dikreditkan mengikut tarikh berikut :

JENIS SARABULAN PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARANTARIKH LUPUT
SARA EKASIHJanuari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
09/01/2026
01/02/2026
01/03/3036
01/04/2026
01/05/2026
01/06/2026
01/07/2026
01/08/2026
01/09/2026
01/10/2026
01/11/2026
01/12/2026
Sah sehingga
31/12/2026
SARA BUKAN EKASIHJanuari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
09/01/2026
01/02/2026
01/03/3036
01/04/2026
01/05/2026
01/06/2026
01/07/2026
01/08/2026
01/09/2026
01/10/2026
01/11/2026
01/12/2026
Sah sehingga
31/12/2026

Nota: Baki kredit yang tidak dihabiskan pada bulan semasa akan dibawa ke bulan seterusnya. Walau bagaimanapun, semua baki kredit akan luput pada 31 Disember 2026.

SEMAKAN BANTUAN MYKAD BULANAN ONLINE

Bagi membuat semakan status sama ada MyKad anda layak menerima pengkreditan bulanan ini, sila ikuti langkah di bawah :

PORTAL SEMAKANPAUTAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semak Status di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  3. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  5. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  7. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  8. ⁠Selesai.

Semak Status di Portal MySTR :

  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Klik Semak Permohonan STR.
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN RASMI

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Portal Rasmi SARA, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan Semakan Bantuan MyKad Bulanan. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.

Leave a Comment