JPJ LESEN PERCUMA 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Inisiatif JPJ Lesen Percuma 2026 diteruskan lagi di bawah Program MyLesen B2 Ihsan MADANI bagi membantu seramai 15,000 individu daripada golongan B40 dan kurang mampu untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara percuma.
Program kelolaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini bertujuan mengurangkan beban kewangan rakyat di samping meningkatkan tahap keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya di Malaysia.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima JPJ Lesen Percuma? Ikuti panduan semakan lengkap di bawah.
BACA JUGA : STR FASA 2 2026 BILA MASUK : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
RINGKASAN PENGENALAN
- Nama Program: Program MyLesen B2 (Ihsan MADANI)
- Agensi Pelaksana: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) & Kementerian Pengangkutan Malaysia
- Sasaran Penerima: 15,000 orang (Golongan B40, Belia, Pelajar)
- Kelas Lesen: Motorsikal Kelas B2 Sahaja (250cc ke bawah)
- Kos:100% Percuma (Ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan)
OBJEKTIF PROGRAM LESEN PERCUMA
Antara objektif utama Program Lesen Percuma dilaksanakan adalah untuk :
- Meningkatkan kesedaran keselamatan dan undang-undang jalan raya dengan memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM).
- Melahirkan Pemandu / Penunggang yang berdisplin di jalan raya.
- Mengurangkan bebanan kewangan bagi keluarga yang kurang mampu untuk membayar kos lesen.
- Mempertingkatkan kebolehpasaran pelajar sekolah menengah / universiti dan belia yang sedang mencari pekerjaan khususnya yang memerlukan lesen memandu.
- Mengurangkan kemalanga jalan raya melibatkan penunggang tanpa lesen.
SYARAT KELAYAKAN LESEN PERCUMA 2026
Program Lesen Percuma disasarkan kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM;
- Berumur 16 tahun hingga 35 tahun (keutamaan kepada calon : sekolah / IPT / IPMARA);
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Belum memiliki sebarang lesen memandu.
KELAS LESEN DITAWARKAN PERCUMA 2026
Hanya satu (1) kelas lesen sahaja yang ditawarkan secara percuma, iaitu :
| KELAS LESEN DITAWARKAN | JENIS KENDERAAN |
|---|---|
| Kelas B2 | Motorsikal berkuasa 250cc ke bawah |
SEMAK STATUS KELAYAKAN JPJ LESEN PERCUMA 2026
Bagi calon yang telah mengemukakan permohonan melalui cawangan JPJ Negeri masing-masing atau menerusi institusi pendidikan terpilih, semakan status dibuat seperti berikut :
- Makluman Rasmi JPJ: Pihak JPJ Negeri akan berhubung terus dengan pemohon yang layak menerusi surat rasmi, emel, atau panggilan telefon/WhatsApp.
- Institusi Memandu (IM): Calon yang disenaraikan akan dimaklumkan tarikh pendaftaran dan jadual kursus di Institut Memandu yang diluluskan.
- Kelulusan Fasa demi Fasa: Pemilihan dilakukan berasaskan kuota mengikut negeri dan keutamaan permohonan.
MAKLUMAT TAMBAHAN JPJ LESEN PERCUMA
Berikut merupakan maklumat tambahan berkaitan Program Lesen Percuma :
- Program Bantuan Lesen Percuma hanya untuk lesen motorsikal kelas B2 (250cc ke bawah).
- Lesen kereta kelas D dan DA adalah tidak termasuk.
- Kuota permohonan adalah terhad yang dibahagikan mengikut negeri.
- Pemohon yang gagal ujian JPJ masih boleh mengulang dan kos ulangan adalah tidak ditanggung.
- Semua latihan dan ujian hanya boleh dilakukan di Institut Memandu (IM) yang diluluskan oleh JPJ sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Program Lesen Percuma oleh JPJ, sila rujuk pihak berwajib melalui laman, talian dan e-mel rasmi di bawah :
- https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama.
- Talian : 03 8892 8714 / 8693
- E-mel : [email protected]
*Penafian : Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ihsanmadani.gov.my/inisiatif/pengangkutan/program-mylesen-b2.