STR FASA 2 2026 BILA MASUK : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa Ke-2 bagi tahun 2026 akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima atau bayaran secara tunai akan diberikan tidak lama lagi kepada lebih 5 juta penerima yang berkelayakan.
Bagaimanakah cara cek bayaran masuk & cek kelayakan penerima STR Fasa 2 2026? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD 2026 RM200 SEBULAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
STR FASA 2 2026 BILA MASUK
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dijangka akan dimasukkan bermula pada tarikh :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Mac 2026 |
| Penerima Baharu | Mac 2026 |
CARA BAYARAN STR FASA 2 2026 MASUK
Kerajaan menyediakan dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang mengikut jenis penerima seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Ada Akaun Bank | Perlu menunggu bayaran Bantuan STR dimasukkan ke dalam akaun bank kerana pembayaran adalah melalui sistem ‘IBG Credit Transfer‘ yang mengambil masa tiga (3) ke lima (5) hari dari tarikh yang diumumkan |
| Penerima Tiada Akaun Bank | Perlu menuntut bayaran Bantuan STR di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat pada atau selepas tarikh bayaran yang diumumkan |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026 MASUK
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah merangkumi penerima yang berpasangan (ada atau tiada anak) dan penerima berstatus balu / duda / janda (ada anak).
| BIL. ANAK | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada anak | RM200 | RM100 |
| 1-2 orang | RM300 | RM100 |
| 3-4 orang | RM400 | RM200 |
| >5 orang | RM500 | RM300 |
- KATEGORI BUJANG :
- Bujang merangkumi penerima yang belum berkahwin atau penerima berstatus balu / duda / janda (tiada anak / tanggungan).
| BIL. ANAK | BUJANG UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN & KE ATAS |
|---|---|---|
| Tiada anak | – | RM150 |
CEK KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 2 2026
Bagi yang telah kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh cek status kelayakan untuk mengetahui layak atau tidak terima bayaran Fasa 2 2026.
Ikuti cara cek status kelayakan seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi STR di sini – https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor ID (Kad Pengenalan).
- Klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
- Jika betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Nombor Kata Laluan Sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima STR Fasa 2 2026 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT STR
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.