CEK WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : AKAN TERIMA BAYARAN JIKA LAYAK SEBANYAK RM200 ATAU RM100 SECARA BULANAN
Peruntukan sehingga RM15 billion adalah untuk disalurkan kepada rakyat-rakyat dewasa yang berkelayakan melalui pengkreditan Bantuan Dalam MyKad secara bulanan bertujuan untuk memenuhi keperluan asas harian rakyat.
Bagaimanakah cara cek wang Bantuan Dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
SYARAT LAYAK TERIMA WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Bukan semua rakyat layak menerima wang Bantuan Dalam MyKad, namun ianya diberikan khusus kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN MISKIN TEGAR | KELAYAKAN BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Kategori Penerima | -Isi Rumah -Warga Emas -Bujang | -Isi Rumah -Warga Emas -Bujang |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih | Bawah RM2,500 atau Tidak lebih RM5,000 sebulan |
| Status Permohonan STR | Lulus ✅ | Lulus ✅ |
NILAI KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Setiap kategori akan terima Bantuan Dalam MyKad dengan nilai yang berbeza seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 setiap bulan |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 setiap bulan |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 setiap bulan |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
FUNGSI WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Wang Bantuan Dalam MyKad yang dikreditkan tidak boleh dikeluarkan secara tunai, namun ianya berfungsi untuk pembelian barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli adalah :
- Barang dapur asas :
- Beras, telur, minyak masak, pelbagai jenis tepung, sardin, sos cili, kicap, gula, garam, dan lain-lain.
- Makanan sejuk beku :
- Daging burger, nuget, bebola daging, kentang jejari dan lain-lain.
- Makanan ringan :
- Mi segera, roti, biskut, bijirin dan lain-lain.
- Minuman :
- Susu tepung, susu tin (pekat / cair), teh, coklat / Milo, kopi dan lain-lain.
- Keperluan bayi :
- Susu tepung (jenama terpilih), lampin pakai buang, sabun mandian dan lain-lain.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, syampu, tuala wanita dan lain-lain.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci lantai, sabun pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan lain-lain.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk dan lain-lain yang diluluskan oleh KKM.
- Barang sekolah :
- Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan lain-lain.
JADUAL KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Berikut merupakan jadual kredit Bantuan Dalam MyKad penerima yang layak bagi setiap kategori :
| TARIKH KREDIT (ISI RUMAH & WARGA EMAS) | TARIKH KREDIT (INDIVIDU BUJANG SAHAJA) |
|---|---|
| 09 Januari 2026 | 16 Januari 2026 |
| 01 Februari 2026 | 01 Februari 2026 |
| 01 Mac 2026 | 01 Mac 2026 |
| 01 April 2026 | 01 April 2026 |
| 01 Mei 2026 | 01 Mei 2026 |
| 01 Jun 2026 | 01 Jun 2026 |
| 01 Julai 2026 | 01 Julai 2026 |
| 01 Ogos 2026 | 01 Ogos 2026 |
| 01 September 2026 | 01 September 2026 |
| 01 Oktober 2026 | 01 Oktober 2026 |
| 01 November 2026 | 01 November 2026 |
| 01 Disember 2026 | 01 Disember 2026 |
PLATFORM CEK WANG BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Kerajaan telah menyediakan dua (2) platform mudah alih yang boleh diakses secara percuma untuk cek status kelayakan dan status bayaran wang Bantuan Dalam MyKad :
| PLATFORM | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal Rasmi MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
| Aplikasi MyKasih | https://mykasih.com.my/mykasih-app/ |
PANDUAN CEK WANG BANTUAN DALAM MYKAD
Ikuti panduan lengkap cara cek wang Bantuan Dalam MyKad di bawah :
- Cara Cek Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Sila pergi ke pautan Portal Rasmi MyKasih.
- Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Cek Melalui Aplikasi MyKasih :
- Sila muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA MyKasih : 03-7720 1800
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.