BANTUAN MYKAD RM100 2026 : SENARAI NAMA PENERIMA BAYARAN
Bantuan RM100 dalam MyKad secara one-off telah mula dikreditkan kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia bermula Februari 2026, khas untuk dibelanjakan bagi mendapatkan barangan keperluan asas untuk persediaan Sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm100 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SABAH 2026 RM300 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN
BANTUAN MYKAD RM100
Bantuan MyKad (Kad Pengenalan) RM100 ialah bantuan SARA UNTUK SEMUA yang disalurkan secara ONE-OFF (secara sekali bayaran) melalui MyKad untuk dibelanjakan bagi mendapatkan barangan keperluan asas.
Program Bantuan SARA ONE-OFF dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | SARA UNTUK SEMUA (ONE OFF) |
| Kadar Bantuan (RM) | 100.00 |
| Kelayakan | Warganegara Malaysia; Setiap individu berusia 18 tahun dan ke atas |
| Kaedah Pembayaran | Secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) |
| Manfaat | Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas harian |
TARIKH BAYARAN & TEMPOH SAH BANTUAN MYKAD RM100
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF akan dilaksanakan pada tarikh berikut :
| TARIKH PEMBAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|
| 9 Februari 2026 | 31 Disember 2026 |
Kredit bantuan boleh dibelanjakan bila-bila masa sahaja bermula 9 Februari 2026 sehingga 31 Disember 2026.
BARANG DILULUSKAN GUNA MYKAD RM100
Penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh menggunakan kredit bantuan RM100 yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :
- Beras;
- Telur;
- Roti;
- Minyak Masak;
- Biskut;
- Mi;
- Tepung;
- Minuman;
- Makanan Dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Penjagaan Diri;
- Ubat-Ubatan Di Kaunter;
- Barangan Keperluan Sekolah;
- Barangan Kebersihan Rumah;
- Makanan Sejuk Beku;
Kerajaan MADANI kini meluaskan kategori barangan SARA termasuk makanan sejuk beku (frozen food) bermula Februari 2026.
CARA GUNA BANTUAN RM100 DALAM MYKAD
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA 2026 di pautan di atas.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA UNTUK SEMUA 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026