SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH 2026 : PENERIMA AKAN DIBAYAR RM300 SETIAP BULAN
Kadar Bantuan SYUKUR Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3, 4) iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak.
Bagaimanakah semak Bantuan SYUKUR Sabah? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : EKASIH 2026 SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN
TUJUAN PROGRAM BANTUAN SYUKUR SABAH
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) dilaksanakan adalah bertujuan untuk :
- Untuk meringankan bebanan kewangan rakyat khususnya dalam perbelanjaan keperluan asas;
- Untuk membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan lebih selesa; dan
- Untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Hanya mereka yang memenuhi syarat kelayakan sahaja layak terima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR). Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia (Pemegang Kad Pengenalan Status ‘H’) |
| Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
| Kategori | Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) |
| Tempat Menetap | Menetap di Sabah (Sekurang-kurangnya 1 tahun) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) |
| Daftar eKasih / PADANS | Tersenarai dalam rekod data eKasih / PADANS |
JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Setiap penerima sama ada Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) akan terima jumlah Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) sebanyak berikut :
| BULAN BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Januari | RM300 |
| Februari | RM300 |
| Mac | RM300 |
| April | RM300 |
| Mei | RM300 |
| Jun | RM300 |
| Julai | RM300 |
| Ogos | RM300 |
| September | RM300 |
| Oktober | RM300 |
| November | RM300 |
| Disember | RM300 |
JADUAL AGIHAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Pengagihan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) untuk setiap penerima adalah mengikut jadual seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | JUMLAH BANTUAN | TARIKH AGIHAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 (Januari – Mac) | RM900 | Februari 2026 |
| Fasa 2 (April – Jun) | RM900 | April 2026 |
| Fasa 3 (Julai – September) | RM900 | September 2026 |
| Fasa 4 (Oktober – Disember) | RM900 | November 2026 |
SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH 2026
Rujuk panduan lengkap cara semak kelayakan permohonan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) seperti berikut :
- Sila layari pautan SYUKUR Sabah rasmi di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Halaman utama SYUKUR Sabah akan dipaparkan.
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa sengkang (-) contoh : 89XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-Mel berikut :
- Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
- Talian WhatsApp SYUKUR Sabah : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.