SEMAK SARA ONE-OFF 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN
Kerajaan telah mengesahkan bahawa seramai lebih 22 juta penerima yang layak untuk menerima bayaran Bantuan SARA One-Off sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira pendapatan.
Bagaimanakah semak status kelayakan bayaran SARA One-Off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : EWALLET RM100 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SEMAK SARA ONE-OFF 2026
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan SARA One-Off, ikuti panduan semakan status menerusi laman web SARA yang rasmi di bawah :
🔗 Laman Web SARA : https://www.sara.gov.my/.
- Sila layari laman web SARA yang rasmi di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman rasmi SARA.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 990230112345.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik kotak [ ] untuk sahkan verifkasi.
- Klik pula pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA One-Off akan dipaparkan.
- Selesai.
*Berikut merupakan contoh paparan status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA One-Off |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/02/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
TARIKH KREDIT SARA ONE-OFF 2026
Berikut merupakan tarikh pengkreditan Bantuan SARA One-Off dan sah digunakan sehingga tarikh yang dinyatakan di bawah :
| PERKARA | TARIKH-TARIKH |
|---|---|
| Mula Dikreditkan | 09 Februari 2026 (Isnin) |
| Sah Sehingga | 31 Disember 2026 (Khamis) |
KADAR KREDIT SARA ONE-OFF 2026
Kadar pengkreditan Bantuan SARA One-Off kepada setiap kategori adalah ditetapkan sama seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 |
| Warga Emas | RM100 |
| Bujang | RM100 |
CARA GUNA SARA ONE-OFF 2026
Rakyat yang merupakan penerima sah Bantuan SARA One-Off boleh menggunakannya bagi pembelian barang keperluan asas mengikut langkah dan cara-cara seperti berikut :
| LANGKAH | CARA GUNA BANTUAN SARA |
|---|---|
| 1. | Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasaraya yang berdekatan anda (pastikan yang berdaftar SARA) |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli (ada label SARA pada rak tanda harga) |
| 3. | Pergi ke kaunter ‘MyKasih’ |
| 4. | Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima SARA |
| 5. | Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih sehingga cukup RM100 |
| 6. | Transaksi bayaran akan ditolak dari Kad Pengenalan penerima |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One-off, sila rujuk pihak b🔗erwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.