BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN SARA ONE-OFF RM100

BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN SARA ONE-OFF RM100

Rakyat Malaysia kini boleh membuat semakan Bantuan SARA untuk semua secara one-off di Portal Rasmi SARA untuk mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak untuk menerima bantuan ini pada Februari 2026.

Bagaimanakah semak penerima bantuan asas rahmah one off 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN DALAM MYKAD ONE OFF 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN

Penerima Bantuan ONE-OFF 2026 mestilah terdiri daripada :

SYARATKELAYAKAN
KewarganegaraanWarganegara Malaysia
UmurBerusia 18 tahun dan ke atas
Kadar PendapatanTanpa mengira kadar pendapatan bulanan

PERBEZAAN BANTUAN ASAS BULANAN DAN ONE OFF

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan dan Secara One-Off adalah berbeza seperti berikut :

SARA BULANANSARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF)
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Berstatus eKasihSemua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan

Pembayaran Setiap Bulan (12 Bulan)
Bermula Januari sehingga Disember
Sekali Bayaran (ONE-OFF)
Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bantuan Sempena Sambutan/Acara tertentu Seperti Sambutan Ramadhan
Bermula RM50 sehingga RM200
(mengikut kelayakan penerima)
RM100

PROGRAM BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026

Program Bantuan SARA ONE-OFF dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSARA untuk semua
KelayakanKelayakan secara automatik kepada Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan, termasuk bagi penerima SARA yang sedia ada
Jumlah Bantuan (RM)100.00 (ONE-OFF)
Cara PembayaranSecara Tanpa Tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan)
ManfaatBoleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan, di kedai atau pasar raya berdaftar dengan menggunakan MyKad

Bantuan SARA ONE-OFF RM100 tidak memerlukan sebarang permohonan kerana kelayakan adalah secara automatik sekiranya anda merupakan Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, dan duit bantuan akan dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima.

TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026

Bantuan ONE-OFF 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :

TARIKH PEMBAYARANKAEDAH PEMBAYARAN
9 Februari 2026 (Isnin)Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

PORTAL SEMAKANPAUAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : SARA UNTUK SEMUA 2026 (ONE-OFF)
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. ⁠Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf

Leave a Comment