BANTUAN 100 MYKAD 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang terpilih layak secara automatik dan bayaran akan dibuat secara setiap bulan dan juga sekaligus dengan kadar sebanyak RM100 setiap seorang penerima.
Bagaimanakah semak status layak atau tidak terima bayaran Bantuan 100 MyKad? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR 2026 SEMAKAN : FASA 2 KELAYAKAN, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN
KADAR BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Berikut merupakan kadar pengkreditan Bantuan dalam MyKad untuk setiap bulan megikut kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM200 setiap bulan |
| Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM150 setiap bulan |
| Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM100 setiap bulan |
| Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Bujang Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
Berikut pula kadar kredit Bantuan dalam MyKad secara sekaligus :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD |
|---|---|
| Semua Isi Rumah | RM100 sekaligus |
| Semua Warga Emas | RM100 sekaligus |
| Semua Bujang | RM100 sekaligus |
SYARAT LAYAK TERIMA BANTUAN 100 MYKAD 2026
Bagi bayaran Bantuan RM100 dalam MyKad setiap bulan khas diberikan kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA BUJANG | KELAYAKAN PENERIMA ISI RUMAH |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Umur | 21 hingga 59 tahun | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak) | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah garis kemiskinan semasa (tersenarai dalam rekod data eKasih) | Bawah RM2,500 atau tidak lebih RM5,000 sebulan |
| Permohonan STR | Lulus ✅ | Lulus ✅ |
Bagi bayaran Bantuan RM100 dalam MyKad sekaligus pula akan diberikan kepada yang memenuhi syarat kelayakan berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warga negara | Malaysia |
| Umur | 18 tahun & ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang / berkahwin / balu / bercerai (terbuka kepada semua) |
| Kadar Pendapatan | Tiada had pendapatan |
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 100 MYKAD 2026
Untuk ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM100 dalam MyKad setiap bulan dan sekaligus, semakan boleh dilakukan secara online seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN 100 MYKAD
Penyaluran Bantuan RM100 dalam MyKad dilaksanakan setiap bulan dan sekaligus mengikut jadual berikut :
- Penyaluran Bantuan RM100 dalam MyKad (Setiap Bulan) :
| TARIKH PENYALURAN UNTUK BUJANG | TARIKH PENYALURAN UNTUK ISI RUMAH |
|---|---|
| 16 Januari 2026 – RM100 | 09 Januari 2026 – RM100 |
| 01 Februari 2026 – RM100 | 01 Februari 2026 – RM100 |
| 01 Mac 2026 – RM100 | 01 Mac 2026 – RM100 |
| 01 April 2026 – RM100 | 01 April 2026 – RM100 |
| 01 Mei 2026 – RM100 | 01 Mei 2026 – RM100 |
| 01 Jun 2026 – RM100 | 01 Jun 2026 – RM100 |
| 01 Julai 2026 – RM100 | 01 Julai 2026 – RM100 |
| 01 Ogos 2026 – RM100 | 01 Ogos 2026 – RM100 |
| 01 September 2026 – RM100 | 01 September 2026 – RM100 |
| 01 Oktober 2026 – RM100 | 01 Oktober 2026 – RM100 |
| 01 November 2026 – RM100 | 01 November 2026 – RM100 |
| 01 Disember 2026 – RM100 | 01 Disember 2026 – RM100 |
- Penyaluran Bantuan RM100 dalam MyKad (Sekaligus) :
| TARIKH PENYALURAN UNTUK SEMUA |
|---|
| 09 Februari 2026 – RM100 |
INFO LANJUT
Untuk informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Dalam MyKad, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.