SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK SEKARANG
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar meneruskan inisiatif bantuan SARA untuk Semua sebanyak
RM100 secara one-off kepada 22 rakyat Malaysia sebagai persiapan untuk menyambut Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
Bagaimanakah semak senarai nama penerima bantuan sara one off 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN ONE-OFF
BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Program Bantuan SARA ONE-OFF dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | SARA UNTUK SEMUA |
| Jumlah Bantuan (RM) | 100.00 (ONE-OFF) |
| Syarat Kelayakan | Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan |
| Cara Pembayaran | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
Bantuan SARA ONE-OFF RM100 tidak memerlukan sebarang permohonan kerana kelayakan adalah secara automatik sekiranya anda merupakan Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, dan duit bantuan akan dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima.
SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Status Kelayakan Penerima SARA ONE OFF boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
PENGKREDITAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026 KEPADA PENERIMA
Bantuan SARA ONE OFF RM100 akan dikreditkan pada tarikh berikut, dan sah digunakan pada bila-bila masa untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai berdaftar dalam tempoh masa berikut :
| TARIKH PEMBAYARAN | CARA PENGKREDITAN | TARIKH LUPUT KREDIT |
|---|---|---|
| 9 Februari 2026 | Melalui MyKad (Kad Pengenalan) | 31 Disember 2026 |
BANTUAN SARA BULANAN DAN SARA ONE-OFF
Pelaksanaan Program SARA bulanan dan SARA one-off adalah berbeza seperti berikut :
| SARA BULANAN | SARA ONE-OFF |
|---|---|
| Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Program SARA UNTUK SEMUA |
| Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Berstatus eKasih | Semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan |
| Bermula RM50 sehingga RM200 (mengikut kelayakan penerima) | RM100 |
| Pembayaran Setiap Bulan (12 Bulan) Bermula Januari sehingga Disember | Sekali Bayaran (ONE-OFF) |
| Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
| Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Bantuan Sempena Sambutan/Acara tertentu Seperti Sambutan Ramadhan |
SENARAI BARANGAN DI BAWAH BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Setiap penerima Bantuan SARA ONE-OFF boleh menggunakan kredit bantuan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program SARA seperti berikut :
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
Untuk menggunakan kredit Bantuan RM100 ONE OFF, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti berikut :
- Pasar Raya Besar : Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
- Kedai Runcit : 99 Speedmart, dan Pasar Mini terpilih.
Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA GUNA KREDIT BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran SARA ONE OFF.
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran SARA MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA ONE OFF.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf