TARIKH DUIT BANTUAN SARA ONE OFF 2026 DIBAYAR : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN ONE-OFF
Bantuan SARA secara ONE-OFF tahun 2026 akan dilaksanakan dalam masa terdekat sempena Sambutan Tahun Baru Cina dan Persediaan Bulan Ramadhan dan akan memanfaatkan seramai 22 juta warganegara Malaysia.
Bilakah tarikh duit bantuan sara one off 2026 dibayar? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN EWALLET 2026 KELAYAKAN FASA 1 : CHECK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (RM200 & RM100 & RM50)
TARIKH DUIT BANTUAN SARA ONE OFF 2026 DIBAYAR
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF akan dilaksanakan pada tarikh berikut :
| TARIKH PEMBAYARAN | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| 9 Februari 2026 | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
BANTUAN SARA ONE OFF
SARA ONE-OFF ialah bantuan Kerajaan secara sekali bayaran kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun sebagai persiapan untuk sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
Program Bantuan SARA ONE-OFF dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | SARA UNTUK SEMUA |
| Jumlah Bantuan (RM) | 100.00 (ONE-OFF) |
| Syarat Kelayakan | Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan |
| Cara Pembayaran | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Bantuan SARA ONE-OFF RM100 tidak memerlukan sebarang permohonan kerana kelayakan adalah secara automatik sekiranya anda merupakan Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, dan duit bantuan akan dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima.
PERBEZAAN SARA BULANAN DAN SARA ONE-OFF
Pelaksanaan Program SARA bulanan dan SARA one-off adalah berbeza seperti berikut :
| SARA BULANAN | SARA ONE-OFF |
|---|---|
| Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Program SARA UNTUK SEMUA |
| Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Berstatus eKasih | Semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan |
| Bermula RM50 sehingga RM200 (mengikut kelayakan penerima) | RM100 |
| Pembayaran Setiap Bulan (12 Bulan) Bermula Januari sehingga Disember | Sekali Bayaran (ONE-OFF) |
| Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Bantuan Sempena Sambutan/Acara tertentu Seperti Sambutan Ramadhan |
TEMPOH SAH DUIT BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Kredit bantuan SARA ONE OFF boleh digunakan pada bila-bila masa untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai berdaftar dalam tempoh masa berikut :
| TARIKH PEMBAYARAN | TARIKH LUPUT KREDIT |
|---|---|
| 9 Februari 2026 | 31 Disember 2026 |
CARA GUNA DUIT BANTUAN
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran SARA ONE OFF.
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran SARA MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA ONE OFF.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Status Kelayakan Penerima SARA ONE OFF boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf