BANTUAN EWALLET RM200 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Salah satu usaha Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam menampung perbelanjaan kos sara hidup bulanan adalah dengan turut menyediakan bantuan tanpa tunai dengan amaun sehingga RM200 sebulan.
Bagaimanakah semakan status bantuan ewallet rm200 2026? Ikuti Info lanjut disini.
BANTUAN EWALLET RM200
Bantuan tanpa tunai eWallet RM200 ialah bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih kepada rakyat Malaysia yang tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin dalam Sistem eKasih bertujuan meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi.
Kredit bantuan ini boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan barangan keperluan asas bulanan di pasar raya atau kedai berdaftar di bawah Program SARA.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada
| JENIS SARA | KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, Bujang; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih |
TEMPOH PELAKSANAAN BANTUAN EWALLET 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 dilaksanakan setiap bulan seperti berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | 31 Disember 2026 |
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN EWALLET RM200
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih disalurkan secara tanpa tunai melalui kaedah seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Pengkreditan tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima secara automatik setiap bulan |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Pengkreditan tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima secara automatik setiap bulan |
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem eKasih 2026.
KADAR KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2026
Amaun kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM2,400 Setahun |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM1,800 Setahun |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM1,200 Setahun |
SEMAKAN STATUS BANTUAN EWALLET RM200
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026;
- Semakan Status Pendaftaran eKasih 2026
Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semak Status Kelayakan Pendaftaran eKasih 2026
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf