JUMLAH DUIT BANTUAN STR RAHMAH 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK

JUMLAH DUIT BANTUAN STR RAHMAH 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan untuk tahun 2026 bagi mengurangkan beban kos sara hidup penerima. Amaun duit bantuan yang bakal diterima oleh 5 juta penerima yang layak adalah berbeza mengikut kategori kelayakan masing-masing sehingga RM2,200 setahun.

Berapakah jumlah duit bantuan str rahmah 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR RAHMAH

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

KATEGORI PENERIMASYARAT DAN KELAYAKAN
Isi RumahBerkahwin (Ada atau Tiada Anak);

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tanpa PasanganBujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak;

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
BujangBujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak;

Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

JUMLAH DUIT BANTUAN STR RAHMAH 2026

Amaun Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SETAHUN (RM)
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangBayaran digantikan dengan Bantuan SARA

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN STR RAHMAH 2026

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

KAEDAH PENGKREDITAN DUIT BANTUAN STR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment