STR FASA 2 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah selesai dilaksanakan kepada semua penerima yang disahkan layak. Oleh itu, tentunya setiap penerima sedia ada dan juga pemohon baharu yang layak menantikan bayaran untuk Fasa 2 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semak status layak atau tidak STR Fasa 2? Rujuk panduan semakan dan info lanjut di bawah.
PLATFORM BAYARAN STR 2026
Melalui dua (2) platform yang disediakan oleh Kerajaan ini, ianya dapat memudahkan semua penerima (khususnya bagi semua lapisan dan peringkat umur) dapat menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tanpa sebarang masalah.
Berikut adalah platform bayaran mengikut kelayakan penerima :
| KELAYAKAN PENERIMA | PLATFORM BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank dan melengkapkan maklumat akaun semasa permohonan | Pembayaran melalui platform ‘IBG Fund Credit‘ terus ke dalam akaun bank penerima (mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan) |
| Penerima tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun semasa permohonan | Pembayaran melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat (termasuk di Sabah dan Sarawak) |
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026
Apabila bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah selesai dibayar kepada kesemua penerima yang layak. Tentunya, semua penerima menantikan bayaran untuk Fasa 2 pula yang akan dilaksanakan pada tarikh :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa Kedua (2) | Mac 2026 (Dijangka sebelum sambutan perayaan Aidilfitri) |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seiring dengan kategori dan kelayakan penerima yang dinilai dan ditetapkan berdasarkan kadar pendapatan dan jumlah anak (tanggungan) seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM300 3-4 anak : RM400 >5 anak : RM500 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0 anak : RM100 1-2 anak : RM150 3-4 anak : RM200 >5 anak : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 | – |
SEMAK STATUS KELAYAKAN STR 2026
Lebih 9 juta rakyat yang telah mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 dan seramai 8.1 juta permohonan telah disahkan layak terima bayaran.
| PORTAL RASMI | LINK (PAUTAN) |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Untuk ketahui status kelayakan bagi Fasa 2, ikuti cara semak status seperti berikut :
- Sila layari link (pautan) yang tertera di atas.
- Halaman utama Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Bagi yang ada akaun, Log Masuk dengan [MyDigital ID]; atau
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada yang ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan nama pemohon.
- Jika kata kunci yang dipaparkan betul, klik butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT STR
Untuk pentanyaan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh hubungi pihak STR yang rasmi mengikut nombor yang tertera di bawah :
- ☎️ Talian STR MOF – 03 8882 4565 / 4566
- 📞 Talian STR HASiL – 1800 88 2747
- 💻 E-mel STR Rasmi – [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan sumber sahih dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.