AMAUN DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN YANG BAKAL DAPAT OLEH PENERIMA YANG LAYAK

AMAUN DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN YANG BAKAL DAPAT OLEH PENERIMA YANG LAYAK

Bagi berlaku adil, Kerajaan akan memberikan duit Bantuan Tunai STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dengan amaun yang selayaknya mengikut kategori dan kelayakan penerima yang dilihat daripada kadar pendapatan dan juga bilangan anak (tanggungan) masing-masing.

Bagaimanakah cara cek amaun duit Bantuan Tunai STR ikut kelayakan penerima? Baca maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH AKAN DISALURKAN DALAM IC PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK

AMAUN DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026

Selain Bantuan Tunai STR, penerima yang layak akan turut menerima Bantuan SARA sebagai tambahan dan amaun yang akan disalurkan adalah tertakluk kepada kelayakan penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah B40 :
BIL. ANAKAMAUN BANTUAN
TUNAI STR
AMAUN BANTUAN
SARA
TiadaRM700RM1,200
atau
RM2,400
1-2 orangRM1,200RM1,200
atau
RM2,400
3-4 orangRM1,700RM1,200
atau
RM2,400
>5 orangRM2,200RM1,200
atau
RM2,400
*Nota : Bayaran Bantuan SARA sebanyak RM2,400 adalah untuk isi rumah yang daftar eKasih. Manakala RM1,200 untuk isi rumah yang tidak daftar eKasih.
  • Isi Rumah M40 :
BIL. ANAKAMAUN BANTUAN
TUNAI STR
AMAUN BANTUAN
SARA
TiadaRM200RM1,200
1-2 orangRM450RM1,200
3-4 orangRM700RM1,200
>5 orangRM950RM1,200
  • Warga Emas :
BIL. ANAKAMAUN BANTUAN
TUNAI STR
AMAUN BANTUAN
SARA
Tiada
atau
Bukan lagi tanggungan
RM600RM600
atau
RM1,800
*Nota : Bayaran Bantuan SARA sebanyak RM1,800 adalah untuk warga emas yang daftar eKasih. Manakala RM600 untuk warga emas yang tidak daftar eKasih.
  • Bujang :
BIL. ANAKAMAUN BANTUAN
TUNAI STR
AMAUN BANTUAN
SARA
TiadaTiadaRM600
atau
RM1,200
*Nota : Bayaran Bantuan SARA sebanyak RM1,200 adalah untuk bujang yang daftar eKasih. Manakala RM600 untuk bujang yang tidak daftar eKasih.

JADUAL AGIHAN DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026

Duit Bantuan Tunai STR tidak akan diagihkan sekaligus, namun ianya akan diagihkan secara berperingkat dari Fasa Satu (1) hingga ke Fasa Empat (4) supaya rakyat dapat menerima bantuan sepanjang tahun.

Berikut merupakan jadual agihan bagi tahun 2026 :

PERINGKAT BAYARANTARIKH AGIHAN
Fasa Satu (1)Bermula
20 Januari 2026
sehingga
30 Januari 2026
Fasa Dua (2)Belum diketahui
Fasa Tiga (3)Belum diketahui
Fasa Empat (4)Belum diketahui
*Nota : Tarikh agihan untuk Fasa Dua (2), Tiga (3) dan Empat (4) akan dikemaskini semula tertakluk kepada pengumuman oleh Perdana Menteri.

MEDIUM AGIHAN BANTUAN TUNAI STR 2026

Bantuan Tunai STR akan diagihkan mengikut kepada jenis penerima bagi memudahkan penerima untuk menerima bayaran dan setiap penerima akan terima bayaran melalui dua (2) jenis medium berikut :

JENIS PENERIMAMEDIUM AGIHAN
Penerima mempunyai
akaun bank aktif
(atas nama sendiri / pasangan)
Agihan secara pengkreditan terus
ke dalam akaun bank penerima /
akaun bank penerima melalui
sistem ‘IBG Fund Credit
Penerima tiada akaun bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
(termasuk penerima di
Sabah dan Sarawak)
Agihan secara tunai di kaunter
cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) yang terdekat
dengan penerima

CEK KELAYAKAN & JUMLAH BANTUAN TUNAI STR BAKAL DITERIMA 2026

Bagaimanapun, setiap pemohon boleh mengetahui kelayakan dan berapa jumlah Bantuan Tunai STR yang akan diterima bagi tahun 2026. Ikuti cara cek kelayakan secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan [Semak].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang [Semak].
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
  11. Status Kelayakan penerima & amaun bayaran STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

INFO LANJUT

Untuk info lanjut atau sebarang atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

Leave a Comment