BANTUAN SARA 2026 ONE OFF : SEMAK STATUS KELULUSAN LAYAK ATAU TIDAK UNTUK JADI PENERIMA ONE-OFF
SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) diteruskan untuk tahun 2026, bagi meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia dalam membuat persiapan Sambutan Bulan Ramadhan dan Tahun Baru Cina pada Bulan Februari 2026.
Bagaimanakah semak status kelulusan bantuan sara 2026 one off? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK KELAYAKAN EKASIH 2026 : BAYARAN RM200 SETIAP BULAN AKAN DITERIMA PENERIMA YANG LAYAK
BANTUAN SARA 2026 ONE OFF
Bantuan SARA ONE-OFF 2026 dilaksanakan seperti berikut :
| BANTUAN | SYARAT KELAYAKAN | KADAR BANTUAN (RM) | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|---|
| SARA UNTUK SEMUA (SARA ONE-OFF) | Rakyat Malaysia Berusia 18 tahun dan ke atas; Tanpa mengira pendapatan | RM100 | 9 Februari 2026 |
CARA MOHON BANTUAN SARA 2026 ONE OFF
Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk bantuan SARA ONE-OFF. Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan iaitu Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima bayaran RM100 secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan).
SEMAK STATUS KELULUSAN
Status Kelayakan Penerima SARA ONE-OFF 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA 2026: https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | SARA UNTUK SEMUA |
| Status | Layak (jika anda layak) |
| Tarikh Program Bermula | 09/02/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
SARA BULANAN DAN SARA ONE OFF
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan dan SARA One-Off adalah berbeza. Penerima boleh semak jadual seperti berikut :
| SARA BULANAN | SARA ONE-OFF |
|---|---|
| Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan |
| Bermula RM50 sehingga RM200 (mengikut kelayakan penerima) | RM100 |
| Setiap Bulan Bayaran | Sekali Bayaran Sahaja |
| Bayaran Bermula Januari sehingga Disember | Bayaran pada Februari Sahaja |
CARA GUNA KREDIT BANTUAN SARA
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SENARAI BARANGAN SARA 2026
Penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh menggunakan kredit bantuan RM100 yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti berikut:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf