BANTUAN SARA ONE OFF 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN ONE-OFF
Menurut Perdana Menteri Malaysia, seramai 22 juta warganegara Malaysia bakal menerima bantuan SARA ONE-OFF yang bakal dilaksanakan pada Bulan Februari 2026 sempena Sambutan Tahun Baru Cina dan Persediaan Bulan Ramadhan.
Bagaimanakah check status bantuan sara one off 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN EWALLET 2026 TERBARU : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
BANTUAN SARA ONE OFF
Bantuan SARA ONE-OFF ialah bantuan Kerajaan secara sekaligus bayaran yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana bantuan disalurkan dalam bentuk tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli barangan keperluan asas di kedai yang berdaftar SARA.
Program Bantuan SARA ONE-OFF dilaksanakan seperti berikut :
| Jumlah Bantuan (RM) | 100.00 |
| Syarat Kelayakan | Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan |
| Cara Pembayaran | Tanpa Tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) |
| Manfaat | Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih / SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad. |
PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk bantuan SARA ONE-OFF. Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan iaitu Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima bayaran RM100 secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan).
PERBEZAAN SARA BULANAN DAN SARA ONE-OFF
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan dan Secara One-Off adalah berbeza seperti berikut :
| CIRI-CIRI | SARA BULANAN | SARA ONE-OFF |
|---|---|---|
| Tujuan | Bantuan Tambahan STR untuk meringankan kos sara hidup | Bantuan Sempena Sambutan/Acara tertentu Seperti Sambutan Ramadhan |
| Syarat Kelayakan | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan |
| Jumlah Bantuan | Bermula RM50 sehingga RM200 (mengikut kelayakan penerima) | RM100 |
| Kekerapan Pembayaran | Setiap Bulan Bermula Januari sehingga Disember | Sekali Bayaran Sahaja |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2026
Bantuan SARA ONE-OFF tahun 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH PEMBAYARAN | TARIKH LUPUT KREDIT BANTUAN |
|---|---|
| 9 Februari 2026 | 31 Disember 2026 |
Kredit Bantuan SARA ONE-OFF RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 9 Februari 2026, dan akan luput pada 31 Disember 2026.
KATEGORI BARANGAN SARA 2026
Penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh menggunakan kredit bantuan RM100 yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :
- Makanan Asas;
- Makanan dan Minum;
- Makanan Dalam Tin;
- Barangan Kebersihan Rumah;
- Produk Penjagaan Diri;
- Ubat-ubatan;
- Barang Keperluan sekolah
Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :
- Pasar Raya Besar : Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
- Kedai Runcit : 99 Speedmart, dan Pasar Mini terpilih.
Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA GUNA KREDIT SARA ONE-OFF
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf