BANTUAN SARAWAK 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK (RM1100 & RM600 & RM375)
Bermula tahun 2026, bantuan kewangan khas Kerajaan Sarawak melalui Program Sumbangan keperluan Asas Sarawak ditambah baik dan akan memanfaatkan lebih 1 juta penerima rakyat Sarawak.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan sarawak 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: AMAUN BANTUAN TUNAI STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA JIKA LULUS
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARAWAK
Kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Anak Kelahiran Sarawak;
- Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
Kategori & Kelayakan Penerima :
| KATEGORI | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Ada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur |
| Warga Emas | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; Had umur 60 tahun dan ke atas |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Bujang berumur antara 21-59 tahun; Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa |
PELAKSANAAN BANTUAN SARAWAK 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan kewangan secara tanpa tunai (cashless);
- Pembayaran setiap 4 bulan sekali (3 kali bayaran setahun).
- Kredit bantuan disalurkan melalui baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet);
- Boleh dibelanjakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar. Contoh : Makan asas : beras, tepung, minyak masak.
JUMLAH & TARIKH BANTUAN SARAWAK 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan diagihkan kepada penerima untuk setiap empat bulan sekali (tiga kali setahun) dengan jumlah sebanyak :
- Jumlah SKAS Sarawak 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | TOTAL KESELURUHAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM1,100 |
| Warga Emas | RM600 |
| Bujang | RM375 |
- Tarikh & Jadual Bayaran SKAS Sarawak :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026 | Isi Rumah : RM316 Warga Emas : RM166 Bujang : RM100 |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026 | Isi Rumah : RM424 Warga Emas : RM234 Bujang : RM150 |
| Fasa 3 | 10 November 2026 | Isi Rumah : RM360 Warga Emas : RM200 Bujang : RM125 |
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN SARAWAK
Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) dilaksanakan seperti berikut :
| CARA TERIMA BANTUAN | PLATFORM |
|---|---|
| Baucar Digital | Aplikasi S Pay Global |
SEMAKAN BANTUAN SARAWAK 2026
Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
- Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
- Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
| Nama (Name) | Ali Bin Abu |
| Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number) | XXXXXX-XX-XXXX |
| Status | Layak (Eligible) |
| Kategori SKAS (SKAS Category) | Isi Rumah (Household) |
| Jumlah SKAS (SKAS Value) | RM1,100 |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Laman Rasmi : https://service.sarawak.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/