CEK DUIT STR FASA 1 2026 : CHECK AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH YANG AKAN DIKREDIT MASUK KE AKAUN PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK
Pemohon-pemohon yang telah berjaya melepasi tapisan kelayakan dan disah status ‘Layak’ sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah mula menerima bayaran Fasa 1 melalui pengkreditan ke akaun bank dan juga melalui tunai di bank.
Bagaimanakah cara cek duit STR Fasa 1? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK (RM950 & RM500 & RM300)
CEK DUIT BAYARAN STR FASA 1 2026
Rujuk panduan lengkap cara cek duit Bantuan STR Fasa 1 telah dikreditkan atau belum dalam akaun bank penerima :
| LAMAN STR | LINK |
|---|---|
| Bahagian Log Masuk STR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login |
- Sila klik pada link Laman STR (Bahagian Log Masuk) di atas.
- Klik pada butang [Log Masuk Guna MyDigital ID] atau
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang yag disediakan.
- Klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
- Jika ianya betul, klik butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan pengguna dengan betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Log Masuk berjaya, Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran duit Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan seperti :
- ‘Dalam Proses Kredit; atau
- ‘Telah Dikredit’; atau
- ‘Gagal Kredit’.
- Selesai.
*Nota : Bagi status ‘Gagal Kredit’, penerima perlu menuntut bayaran Bantuan STR secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
KAEDAH BAYARAN STR FASA 1 2026
Pembayaran Bantuan STR Fasa 1 adalah melalui dua (2) kaedah berikut :
| BIL. | KAEDAH BAYARAN STR |
|---|---|
| 1. | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan secara berperingkat dengan menggunakan kaedah IBG Credit Transfer |
| 2. | Dibayar secara tunai pada kaunter di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi penerima yang tiada akaun bank dan status ‘Gagal Kredit’ (termasuk penerima di Sabah dan Sarawak) |
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026 untuk penerima sedia ada dan baharu :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Bermula 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
| Penerima Baharu | Bermula 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026
Jumlah bayaran Bantuan STR Fasa 1 adalah tertakluk kepada kategori dan bilangan anak penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM200 RM300 RM400 RM500 (Tertakluk bilangan anak) |
| Isi Rumah M40 | RM100 RM100 RM150 RM200 (Tertakluk bilangan anak) |
| Warga Emas | RM150 |
| Bujang | – |
RUJUKAN LANJUT STR
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.