SEMAKAN DUIT SARA 2026 : PEMOHON YANG LAYAK AKAN DIBAYAR BANTUAN MYKASIH BULANAN RM200, RM100 & RM50 – SEMAK JUMLAH BANTUAN
Duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah mula dibayar kepada 8.1 juta penerima yang terdiri dari kategori seperti isi rumah, warga emas dan bujang dengan jumlah bermula RM50, RM100, RM150 dan sehingga RM200 (tertakluk kelayakan penerima).
Bagaimanakah semakan kelayakan dan bayaran duit SARA 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH DUIT BANTUAN MYSTR 2026 : SEMAK JUMLAH PEMBAYARAN YANG AKAN DITERIMA JIKA LAYAK
KADAR BAYARAN DUIT SARA 2026
Pembayaran duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada setiap kategori adalah sebanyak jumlah berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar) | RM200 sebulan x 12 bulan = RM2,400 setahun |
| Isi Rumah (Asas Bukan Miskin) | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun |
- KATEGORI WARGA EMAS :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|
| Warga Emas (Miskin & Miskin Tegar) | RM150 sebulan x 12 bulan = RM1,800 setahun |
| Warga Emas (Asas Bukan Miskin) | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
- KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN SARA |
|---|---|
| Bujang (Miskin & Miskin Tegar) | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun |
| Bujang (Asas Bukan Miskin) | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
TARIKH BAYARAN DUIT SARA 2026
Duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibayar mengikut pada tarikh-tarikh berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah & Warga Emas | 09/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 |
| Bujang | 16/01/2026 01/02/2026 01/03/2026 01/04/2026 01/05/2026 01/06/2026 01/07/2026 01/08/2026 01/09/2026 01/10/2026 01/11/2026 01/12/2026 |
KAEDAH BAYARAN DUIT SARA 2026
Berikut merupakan kaedah bayaran duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada setiap kategori :
| KATEGORI PENERIMA | KAEDAH BAYARAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah, Warga Emas & Bujang | Pembayaran secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan (KP) penerima setiap bulan khas untuk digunakan bagi membeli barang keperluan asas di mana-mana kedai terpilih SARA |
SEMAKAN BAYARAN DUIT SARA 2026
Status bayaran duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://www.sara.gov.my/ |
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang tersebut.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 850230112345.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 100.00 |
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA DUIT SARA
Terdapat lebih 100,000 ribu barang keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan, antaranya ialah :
| KATEGORI BARANG | SENARAI BARANG DILULUSKAN |
|---|---|
| Bahan asas masakan | Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya. |
| Makanan ringan | Roti, biskut, bijirin dan sebagainya. |
| Minuman | Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya. |
| Produk penjagaan diri | Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya. |
| Barang keperluan asas bayi | Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya. |
| Ubat-ubatan | Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM. |
| Barang sekolah | Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya. |
| Produk kebersihan rumah | Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya. |
MAKLUMAT LANJUT SARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.