BANTUAN EKASIH ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 SETIAP BULAN)
Setiap bulan bantuan sehingga RM200 dikreditkan secara automatik kepada ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang tersenarai dalam rekod data eKasih. Kini, seramai lebih 400,000 ribu individu telah disenarai dalam rekod data eKasih bagi tahun 2026.
Bagaimanakah semakan status Bantuan eKasih online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : AMAUN BANTUAN STR 2026 – SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK
APA ITU BANTUAN EKASIH?
e-Kasih bukanlah bantuan / program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data isi rumah miskin dan miskin tegar yang layak menerima pelbagai bantuan oleh Kerajaan dan agansi.
Inisiatif bantuan yang disalurkan kepada individu yang tersenarai dalam rekod data eKasih antaranya ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui Kad Pengenalan penerima pada setiap bulan khas untuk digunakan bagi pembelian barang-barang keperluan asas.
JUMLAH BANTUAN EKASIH 2026
Jumlah Bantuan SARA yang dikreditkan mempunyai perbezaan kepada penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SARA (DAFTAR EKASIH) | JUMLAH BANTUAN SARA (BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
| WARGA EMAS | RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
| BUJANG | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
TARIKH KREDIT BANTUAN EKASIH 2026
Berikut merupakan tarikh pengkreditan Bantuan SARA eKasih untuk tahun 2026 :
| KREDIT KEPADA ISI RUMAH & WARGA EMAS | KREDIT KEPADA INDIVIDU BUJANG |
|---|---|
| 09 Januari 2026 | 16 Januari 2026 |
| 01 Februari 2026 | 01 Februari 2026 |
| 01 Mac 2026 | 01 Mac 2026 |
| 01 April 2026 | 01 April 2026 |
| 01 Mei 2026 | 01 Mei 2026 |
| 01 Jun 2026 | 01 Jun 2026 |
| 01 Julai 2026 | 01 Julai 2026 |
| 01 Ogos 2026 | 01 Ogos 2026 |
| 01 September 2026 | 01 September 2026 |
| 01 Oktober 2026 | 01 Oktober 2026 |
| 01 November 2026 | 01 November 2026 |
| 01 Disember 2026 | 01 Disember 2026 |
SIAPA LAYAK BANTUAN EKASIH RM200 SETIAP BULAN 2026?
Bantuan SARA eKasih sebanyak RM200 setiap bulan hanya khas untuk penerima yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kategori | Ketua Isi Rumah (KIR) |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Semasa |
| Pendaftaran eKasih | Berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih (sehingga 30 Oktober 2025) |
| Permohonan STR | Lulus STR 2026 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH ONLINE 2026
Status kelayakan pendaftaran eKasih boleh disemak secara online mengikut panduan lengkap di bawah :
- Sila layari laman semakan eKasih di sini : https://ekasih2.icu.gov.my/.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-) contoh : 700129101234.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status kelayakan pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Walaupun anda tidak tersenarai dalam rekod data eKasih, anda masih boleh menerima bayaran Bantuan SARA setiap bulan. Semak status anda layak atau tidak seperti di bawah :
- Sila layari laman rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-) contoh : 700129101234.
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib melalui talian seperti berikut :
- Talian SARA MOF : 03 7720 1800 /https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian eKasih : 03 8000 8000 /https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.