SEMAKAN KELAYAKAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN : PEMOHON YANG LEPAS SYARAT KELAYAKAN AKAN DIKREDIT MASUK DUIT BANTUAN DALAM IC

SEMAKAN KELAYAKAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN : PEMOHON YANG LEPAS SYARAT KELAYAKAN AKAN DIKREDIT MASUK DUIT BANTUAN DALAM IC

Hampir seramai 400,000 ribu individu yang melepasi syarat kelayakan dan tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan layak untuk menerima bayaran Bantuan SARA secara automatik sehingga sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan (Januari hingga Disember).

Bagaimanakah semakan kelayakan eKasih RM200 sebulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH DUIT BANTUAN STR FASA 1 DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA

SYARAT KELAYAKAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN

Bantuan SARA eKasih sebanyak RM200 sebulan khusus diberikan kepada yang benar-benar layak serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
KategoriKetua Isi Rumah (KIR)
Had UmurTiada had umur
Status PerkahwinanBerkahwin (ada / tiada anak)
atau
Balu / Bercerai (ada anak)
Kadar PendapatanBawah Garis Kemiskinan (PGK)
Semasa
Pendaftaran eKasihBerdaftar & tersenarai dalam
rekod data eKasih
Permohonan STRLulus 2026
Catatan :
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

SEMAKAN KELAYAKAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN

Kepada individu yang telah mendaftar eKasih boleh mengetahui status kelayakan dengan membuat semakan secara online (atas talian) melalui laman web rasmi berikut :

  1. Lawati laman semakan eKasih rasmi di sini : https://ekasih2.icu.gov.my/.
  2. Halaman semakan eKasih akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status kelayakan pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Setelah itu, anda boleh membuat semakan status di laman MyKasih untuk tahu layak atau tidak terima RM200 sebulan. Ikuti cara semakan kelayakan berikut :

  1. Lawati laman web MyKasih rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No. MyKad*’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  5. Klik pada kotak [Verify you are human].
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA RM200 sebulan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

CARA TERIMA EKASIH 2026 RM200 SEBULAN

Penerima yang disahkan layak akan terima bayaran Bantuan SARA eKasih sebanyak RM200 sebulan melalui cara-cara berikut :

KADAR BANTUANCARA PENERIMAAN
RM200 sebulan
(12 Bulan)
Penerimaan secara tanpa tunai
(cashless) melalui Kad Pengenalan
(IC) ketua isi rumah (KIR)
dan perlu digunakan untuk
beli barang keperluan asas setiap
bulan dengan menggunakan
Kad Pengenalan (IC) di mana-mana
kedai / pasaraya terpilih seluruh
Malaysia

TARIKH KREDIT EKASIH 2026 RM200 SEBULAN

Setelah disahkan layak, penerima akan terima pengkreditan Bantuan SARA eKasih RM200 sebulan mengikut pada tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

TARIKH KREDITKADAR BANTUAN
9 Januari 2026RM200
1 Februari 2026RM200
1 Mac 2026RM200
1 April 2026RM200
1 Mei 2026RM200
1 Jun 2026RM200
1 Julai 2026RM200
1 Ogos 2026RM200
1 September 2026RM200
1 Oktober 2026RM200
1 November 2026RM200
1 Disember 2026RM200

RUJUKAN LANJUT

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib di talian atau laman rasmi seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment