BANTUAN BELI BARANG DAPUR 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
Bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas seperti barangan dapur diteruskan untuk tahun 2026, di mana lebih 8 juta rakyat Malaysia bakal menerima bantuan ini secara bulanan bermula Januari 2026.
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan beli barang dapur 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MYKASIH 2026 RM2400 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
BANTUAN BELI BARANG DAPUR
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan Kerajaan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) sebagai bantuan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini boleh digunakan oleh penerima yang layak untuk membeli barangan asas termasuk barangan dapur.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
| JENIS MYKASIH | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Berstatus eKasih | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih |
| Bukan eKasih | Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem eKasih 2026.
PROGRAM BANTUAN BELI BARANG DAPUR 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan setiap bulan seperti jadual berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | 31 Disember 2026 |
JUMLAH BANTUAN BELI BARANG DAPUR 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
- Penerima Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) | TOTAL SETAHUN (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM2,400 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan | RM1,800 |
| Bujang | RM100 Sebulan | RM1,200 |
- Penerima Bukan eKasih
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN (RM) | TOTAL SETAHUN (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 Sebulan | RM1,200 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM50 Sebulan | RM600 |
| Bujang | RM50 Sebulan | RM600 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : RM 200.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
CONTOH SENARAI BARANG DAPUR 2026
Berikut merupakan kategori barangan dapur yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:
| KATEGORI BARANGAN | CONTOH |
|---|---|
| Makanan Asas | Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung |
| Makanan | Biskut / Mee Segera |
| Minuman | Susu / Milo / The / Nescafe |
| Makanan Dalam Tin | Sardin / Tuna / Kacang panggang |
| Bahan Perasa | Sos / Kicap / Gula / Garam |
Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :
- Pasar raya besar (Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
- Pasar raya mini (99 Speedmart);
- Kedai Runcit berdaftar;
Senarai penuh kedai yang berdaftar di bawah Program SARA, boleh di rujuk di Portal Rasmi SARA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA BELI BARANG DAPUR MYKASIH 2026
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf