SARA UNTUK SEMUA 2026 : BAYARAN RM100 AKAN DIMASUKKAN KE DALAM MYKAD PENERIMA YANG CUKUP SYARAT KELAYAKAN (SEMAK STATUS SEGERA)
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Bantuan SARA untuk semua secara one-off sebanyak RM100 akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang layak sebagai persiapan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
Bagaimanakah semakan status sara untuk semua 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH BAYAR SARA ONE OFF 2026 : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN INI SEGERA
PENGENALAN SARA UNTUK SEMUA
SARA untuk semua ialah inisiatif baharu Kerajaan yang telah diperkenalkan bermula tahun lepas (2025) di mana bantuan ini disalurkan secara one-off (sekali bayaran) dan dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan akan memberikan manfaat kepada penerima dalam bentuk barangan keperluan asas.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026, terdiri daripada :
| KRITERIA | KELAYAKAN |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia |
| Berumur | Bermula 18 tahun dan ke atas |
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF (SARA UNTUK SEMUA) adalah secara automatik dan tiada sebarang permohonan diperlukan.
PROGRAM SARA UNTUK SEMUA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 seperti berikut :
| SYARAT KELAYAKAN | JUMLAH BANTUAN (RM) | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|---|
| Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas | RM100 (ONE-OFF) | 9 Februari 2026 |
Bantuan SARA ONE-OFF dilaksanakan pada bulan Februari sebagai persiapan untuk bulan Ramadhan dan sambutan Tahun Baru Cina.
PENGKREDITAN DUIT SARA UNTUK SEMUA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF disalurkan secara tanpa tunai mengikut kaedah berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Agihan tanpa tunai secara automatik setiap bulan ke dalam Kad Pengenalan penerima |
SEMAKAN STATUS SARA UNTUK SEMUA 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA (SARA ONE-OFF).
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | SARA UNTUK SEMUA (SARA ONE-OFF) |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/02/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 100.00 |
TEMPOH SAH SARA UNTUK SEMUA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 ONE-OFF boleh digunakan sehingga tarikh berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| 9 Februari 2026 | 31 Disember 2026 |
CARA GUNA DUIT SARA UNTUK SEMUA 2026
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar :
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
- Makanan : Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk mendapatkan barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya berdaftar di bawah Program SARA MyKasih seperti :
- Pasar Raya Besar : Mydin, Giant, Lotus’s (Tesco)
- Kedai Runcit : 99 Speedmart, dan pasar mini terpilih.
Senarai penuh boleh di semak di : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf