TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK : CARA SEMAK DUIT BANTUAN MASUK KE AKAUN BSN, CIMB, MAYBANK, BANK ISLAM & BANK RAKYAT
Penerima yang tiada akaun bank boleh mengambil bayaran Bantuan STR Fasa 1 pada bila-bila masa sahaja di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Namun, penerima yang mempunyai akaun bank serta memasukkan maklumat akaun bank semasa permohonan perlu menunggu bayaran dimasukkan secara berperingkat mengikut bank masing-masing.
Bagaimanakah cara semak tarikh bayaran STR Fasa 1 2026 mengikut bank? Ikui panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN EKASIH 2026 RM2400 : PEMOHON YANG LEPAS SYARAT KELAYAKAN YANG DITETAPKAN AKAN TERIMA BAYARAN
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK
Berikut merupakan tarikh-tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 1 bagi mengikut akaun bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Cimb Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat dan lain-lain bank :
| NAMA AKAUN BANK | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Cimb Bank | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Maybank | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Bank Islam | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Bank Rakyat | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Lain-lain Bank | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
MASA BAYARAN STR FASA 1 2026 MASUK MENGIKUT BANK
Bayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat pada masa-masa yang tertentu pada setiap bank. Berikut merupakan anggaran masa bayaran masuk mengikut bank :
| NAMA AKAUN BANK | MASA BAYARAN MASUK |
|---|---|
| Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
| Cimb Bank | Selepas 9 malam |
| Maybank | Selepas 9 malam |
| Bank Islam | Selepas 8 malam |
| Bank Rakyat | Selepas 8 malam |
| Lain-lain Bank | Selepas 10 malam |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026
Tentunya jumlah bayaran Bantuan STR Fasa 1 tidak sama bagi setiap penerima kerana kerajaan telah menetapkan jumlah yang sepadan dengan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- Bayaran Kepada Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN FASA 1 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM300 3-4 anak : RM400 >5 anak : RM500 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0 anak : RM100 1-2 anak : RM100 3-4 anak : RM150 >5 anak : RM200 |
- Bayaran Kepada Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN FASA 1 |
|---|---|
| Bujang / Balu / Duda / Janda (Umur 21 – 59 tahun) | – |
| Bujang / Balu / Duda / Janda (Umur 60 tahun ke atas) | 0 anak : RM150 |
CARA SEMAK BAYARAN STR FASA 1 2026 IKUT BANK
Bagi pemohon yang melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR boleh membuat semakan status bayaran untuk tahu sama ada bayaran Fasa 1 telah dikreditkan atau belum mengikut akaun bank.
Rujuk cara semakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi bahagian ‘Log Masuk STR’ di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Bagi yang ada akaun MyDigital ID, sila log masuk guna akaun tersebut; atau
- Bagi yang tiada akaun MyDigital ID, masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang kosong yang disediakan.
- Setelah itu, klik pada butang [Semak].
- “Kata Kunci Keselamatan” akan dipaparkan nama pemohon.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang telah dicipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- Papan Pemuka STR akan dipaparkan.
- Untuk ketahui status, klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status bayaran STR Fasa 1 akan dipaparkan seperti :
- Dalam Proses Kredit
- Telah Dikreditkan
- Gagal Kredit
- Selesai.
*Nota : Bagi penerima yang status bayaran dipaparkan ‘Gagal Kredit’ tidak akan menerima bayaran melalui akaun bank dan penerima perlu menuntut bayaran STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
MAKLUMAT LANJUT
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026, sila rujuk pihak STR yang rasmi di bawah :
- Laman Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- E-mel Rasmi STR : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026.
Segala maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk dari sumber yang sahih di https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.