STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK : TARIKH DUIT MASUK AKAUN PENERIMA & SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN TUNAI
Walaupun tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dinyatakan akan mula dikreditkan pada 20 Januari 2026. Namun ada sebahagian penerima telah mula menerima bayaran melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) lebih awal.
Untuk tahu bila tarikh & waktu bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026 masuk mengikut akaun bank, semak maklumat lebih lanjut di bawah.
CARA TERIMA BAYARAN STR FASA 1 2026
Setiap penerima perlu mengetahui bahawa kerajaan menyediakan dua (2) cara terima bayaran Bantuan STR yang mengikut kelayakan penerima masing-masing seperti berikut :
| BIL. | CARA TERIMA BAYARAN STR FASA 1 |
|---|---|
| 1. | Bayaran tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) khas kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘gagal kredit’ |
| 2. | Pengkreditan tunai terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR |
TARIKH DUIT STR FASA 1 2026 MASUK AKAUN BANK
Bantuan STR Fasa 1 akan mula dimasukkan ke dalam akaun bank 5 juta penerima yang layak pada tarikh seperti berikut :
| CARA TERIMA DUIT | TARIKH BAYARAN STR FASA 1 |
|---|---|
| Terima duit tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 20 Januari 2026 atau bila-bila yang penerima ingin tuntut |
| Duit masuk dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan | Mulai dimasukkan 20 Januari 2026 dan berperingkat |
WAKTU BAYARAN STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK
Pembayaran Bantuan STR Fasa 1 adalah berperingkat mengikut akaun bank penerima yang ditetapkan pada waktu-waktu yang tertera di bawah :
| NAMA BANK | WAKTU BAYARAN MASUK |
|---|---|
| Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula 6 petang |
| Bank Islam | Bermula 8 malam |
| Affin Bank | Bermula 8 malam |
| Ambank | Bermula 8 malam |
| Maybank | Bermula 9 malam |
| Cimb Bank | Bermula 9 malam |
| RHB Bank | Bermula 9 malam |
| Bank Muamalat | Bermula 10 malam |
| Lain-lain bank | Bermula 10 malam |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026 IKUT KATEGORI
Penerima yang terdiri dari kategori isi rumah dan kategori bujang akan terima duit Bantuan STR Fasa 1 dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM400 Lebih 5 anak : RM500 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM100 3 – 4 anak : RM150 Lebih 5 anak : RM200 |
- KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 |
|---|---|
| Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | Diganti bayaran SARA |
| Bujang Berumur 60 tahun & ke atas | RM150 |
SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 1 2026
Bagaimanapun, setiap pemohon boleh membuat semakan status kelayakan untuk tahu layak atau tidak terima bayaran Bantuan STR Fasa 1 seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk STR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh klik [Semakan Permohonan].
- Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT STR
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 4566
- E-mel Rasmi STR : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Informasi yang kami tulis dalam artikel ini adalah dirujuk dari sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.