BANTUAN STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYARAN – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYARAN – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Jadual bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah ditetapkan oleh Perdana Menteri yang akan dilaksanakan bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat selama tiga (3) ke tujuh (7) hari dari tarikh yang dinyatakan kepada setiap kategori.

Bagaimanakah semakan status dan tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 1? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN : PENERIMA AKAN DIBAYAR DUIT BANTUAN DI DALAM MYKAD JIKA STATUS LAYAK

KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2026

Kaedah bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 sama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu mengikut kepada jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Penerima Ada Akaun BankBayaran secara tunai di kaunter
cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) yang terdekat
dengan penerima
Penerima Tiada Akaun BankBayaran secara pengkreditan
terus ke dalam akaun bank
penerima mengikut nombor
akaun yang didaftarkan
semasa permohonan STR

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026 FASA 1

Penerima sedia ada dan penerima baharu akan terima bayaran Bantuan STR Fasa 1 mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Sedia AdaBermula :
20 Januari 2026 (Selasa)
dan berperingkat
Penerima BaharuBermula :
20 Januari 2026 (Selasa)
dan berperingkat

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 1

Setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima jumlah bayaran Bantuan STR Fasa 1 yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah B40RM200
sehingga
RM500
(bergantung bilangan anak)
Isi Rumah M40RM100
sehingga
RM200
(bergantung bilangan anak)
Warga EmasRM150
Bujang

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR FASA 1

Untuk tahu sama ada bayaran Bantuan STR Fasa 1 telah dikreditkan atau belum, ikuti cara semakan status bayaran seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Layari pautan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
  2. Pada halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah, klik butang [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
    • Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh : 900230112345.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  5. Nama anda akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
  6. Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
  7. Masukkan Kata Laluan yang sah.
  8. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  9. Papan Pemuka akan dipaparkan.
  10. Untuk ketahui status, klik pada butang [Semakan Status].
  11. Status kelayakan dan status bayaran STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment