KADAR DUIT BANTUAN STR 2026 : CHECK JUMLAH BAYARAN AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK SEMASA AGIHAN FASA 1

KADAR DUIT BANTUAN STR 2026 : CHECK JUMLAH BAYARAN AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK SEMASA AGIHAN FASA 1

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi agihan Fasa Pertama (1) akan melibatkan kadar implikasi duit sehingga sebanyak RM1.1 billion kepada seramai 5 juta penerima dan setiap penerima akan terima kadar yang berbeza bergantung kepada kategori dan kelayakan masing-masing.

Bagaimanakah cara check kadar duit Bantuan STR 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EKASIH 2026 RM200 : CHECK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

KADAR DUIT BANTUAN STR 2026

Setiap kategori akan terima duit Bantuan STR dengan kadar yang berbeza-beza mengikut kelayakan seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah merangkumi – berpasangan (ada / tiada anak) atau ibu / bapa tunggal (ada anak).
KELAYAKAN ISI RUMAHBAYARAN STR 2026BAYARAN STR
FASA 1
Isi Rumah B400 anak : RM700
1-2 anak : RM1,200
3-4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
RM200
RM300
RM450
RM500
Isi Rumah M400 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
>5 anak : RM950
RM100
RM150
RM200
RM200
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang merangkumi – individu belum berkahwin atau kematian pasangan atau bercerai (tiada anak)
KELAYAKAN BUJANGBAYARAN STR 2026BAYARAN STR
FASA 1
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
Bujang Umur
60 tahun & ke atas
RM600RM150

CARA DUIT BANTUAN STR DIBAYAR

Terdapat dua (2) cara duit Bantuan STR dibayar kepada penerima, bagi memudahkan penerima menerima bayaran disediakan seperti berikut :

BIL.CARA BAYARAN STRPENERIMA
1.Pembayaran tunai di
kaunter cawangan
Bank Simpanan
Nasional (BSN) terdekat
Tiada akaun bank
(termasuk penerima
di Sabah & Sarawak)
2.Pengkreditan tunai ke
dalam akaun bank
penerima / akaun bank
pasangan
Mempunyai akaun
bank yang aktif

JADUAL DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Duit Bantuan STR untuk tahun 2026 akan dibayar secara berperingkat melalui empat (4) fasa pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa Pertama (1)Mulai 20 Januari 2026 (Selasa)
Fasa Kedua (2)Belum diumumkan
(akan dikemaskini semula)
Fasa Ketiga (3)Belum diumumkan
(akan dikemaskini semula)
Fasa Keempat (4)Belum diumumkan
(akan dikemaskini semula)

CHECK KELAYAKAN PENERIMA DUIT BANTUAN STR 2026

Pemohon yang ingin mengetahui status kelayakan dan jumlah amaun duit Bantuan STR yang akan diterima berdasarkan kelayakan, ikuti cara check status yang lengkap dan mudah di bawah :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan & amaun Bantuan STR yang layak diterima Fasa 1 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk info lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment