STR TARIKH BAYARAN FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Berbaki tidak lebih dari tiga (3) hari sahaja lagi bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) akan mula kreditkan kepada penerima-penerima yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 1 2026? Ikuti maklumat bayaran yang lengkap di bawah.
BACA JUGA : EKASIH SEMAKAN RM200 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
STR TARIKH BAYARAN FASA 1 2026
Tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri dan bayaran akan dilaksanakan pada tarikh berikut :
| PLATFORM PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) (Bagi penerima tiada akaun bank termasuk Sabah & Sarawak) | 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Pengkreditan berperingkat terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan | Bermula 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2026
Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah bermula sebanyak RM100 (minimum) dan sehingga RM500 (maksimum) tertakluk kepada kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM200 hingga RM500 (mengikut bilangan anak) |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM100 hingga RM200 (mengikut bilangan anak) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
BILANGAN PENERIMA STR FASA 1 2026
Daripada lebih 9 juta permohonan yang dikemukakan, hanya seramai 5 juta sahaja penerima yang disahkan layak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 yang merangkumi :
| KATEGORI PENERIMA | BILANGAN YANG LAYAK | IMPLIKASI KEWANGAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 2.7 juta | RM0.8 billion |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 1.0 juta | RM0.1 billion |
| Warga Emas Tiada Pasangan | 1.3 juta | RM0.2 billion |
SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2026
Status kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi setiap kategori untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Fasa 1 boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT STR
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.