SEMAK BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK : TARIKH BAYAR & CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN RAHMAH

SEMAK BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK : TARIKH BAYAR & CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN RAHMAH

Penerima yang tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 1 melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja. Namun bagi penerima yang melengkapkan maklumat akaun bank perlu menunggu bayaran dimasukkan mengikut bank masing-masing.

Bagaimanakah semak bayaran duit STR Fasa 1 mengikut bank? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN E KASIH RM2400 : PENERIMA BAYARAN HANYA UNTUK YANG BERSTATUS LAYAK SAHAJA – CEK SEKARANG

SEMAK BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK

Berikut adalah waktu bayaran duit Bantuan STR Fasa 1 akan dimasukkan berperingkat mengikut bank penerima masing-masing :

NAMA BANKWAKTU BAYARAN MASUK
Bank Simpanan Nasional (BSN)Bermula 6 petang
Bank IslamBermula 8 malam
Affin BankBermula 8 malam
AmbankBermula 8 malam
MaybankBermula 9 malam
Cimb BankBermula 9 malam
RHB BankBermula 9 malam
Bank MuamalatBermula 10 malam
Lain-lain BankBermula 10 malam
*Namun, waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank adalah tidak menentu dan mengambil masa tiga (3) hingga ke tujuh (7) hari dari tarikh bayaran yang diumumkan.

TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK

Penerimaan bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026 melalui platform kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan dalam akaun bank masing-masing akan dilaksanakan bermula pada tarikh :

PLATFORM PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
20 Januari 2026 (Selasa)
Pengkreditan ke dalam
akaun bank penerima
Bermula 20 Januari 2026 (Selasa)
dan berperingkat

NILAI BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026

Bayaran duit Bantuan STR bagi Fasa 1 2026 adalah bernilai RM100 sehingga RM500. Namun, ianya bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHNILAI BAYARAN
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM200 hingga RM500
(bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM100 hingga RM200
(bergantung bilangan anak)
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGNILAI BAYARAN
Bujang Berumur
21 hingga 59 tahun
Bujang Berumur
60 tahun & ke atas
RM150

CHECK STATUS PENERIMA DUIT STR FASA 1 2026

Rujuk panduan lengkap cara check status kelayakan penerima duit Bantuan STR Fasa 1 seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Tekan [Semak].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang [Semak].
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
  11. Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT STR

Untuk sebarang pertanyaan atau untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 4566
  • E-mel Rasmi STR : [email protected]

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment