JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026 : CHECK JUMLAH YANG DIBAYAR KEPADA PENERIMA YANG LULUS SEMASA FASA 1
Terkini, jumlah bayaran duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR untuk Fasa 1 telah dikemaskini kerana bayaran akan bermula dengan jumlah RM100 sehingga sebanyak RM500 mengikut kategori yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Bagaimanakah check jumlah bayaran duit Bantuan STR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026
Setiap kategori penerima akan menerima bayaran duit Bantuan STR untuk Fasa 1 bagi tahun 2026 bermula RM100 sehingga RM500 bergantung kepada kelayaka seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM200 hingga RM500 (tertakluk bilangan anak) |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM100 hingga RM200 (tertakluk bilangan anak) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
BILANGAN PENERIMA BANTUAN STR 2026
Seramai 5 juta penerima yang telah disahkan layak menerima bayaran Bantuan STR Fasa 1 yang merangkumi kategori isi rumah dan warga emas seperti berikut :
| KATEGORI | BILANGAN PENERIMA | KADAR IMPLIKASI |
|---|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 2.7 juta | RM0.8 billion |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 1.0 juta | RM0.1 billion |
| Warga Emas Tiada Pasangan | 1.3 juta | RM0.2 billion |
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026
Pembayaran Bantuan STR dijadualkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa yang bermula dengan Fasa 1 bakal dilaksanakan pada tarikh seperti yang tertera di bawah :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Bermula 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Fasa 2 | Belum diketahui |
| Fasa 3 | Belum diketahui |
| Fasa 4 | Belum diketahui |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR 2026
Kerajaan telah menyediakan dua (2) kaedah bayaran Bantuan STR bagi memudahkan penerima menerima bantuan. Berikut adalah dua (2) kaedah bayaran mengikut jenis penerima :
| BIL. | KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR |
|---|---|
| 1. | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang mempunyai akaun bank |
| 2. | Dibayar secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank termasuk penerima di Sabah dan Sarawak |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2026
Bagi pemohon yang telah kemukakan permohonan, kini anda boleh membuat semakan kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima Bantuan STR Fasa 1 seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status Kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.