SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM200 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MyKad rakyat Malaysia berfungsi sebagai kad pengenalan diri dan selain itu dapat digunakan untuk menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang dapat digunakan untuk pembelian barang keperluan asas sehingga RM200 setiap bulan.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan MyKad RM200? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026 : CHECK JUMLAH YANG DIBAYAR KEPADA PENERIMA YANG LULUS SEMASA FASA 3
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD RM200
Bantuan sebanyak RM200 disalurkan dalam MyKad penerima yang layak setiap bulan dari Januari hingga Disember mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti jadual berikut :
| TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 09/01/2026 | RM200 |
| 01/02/2026 | RM200 |
| 01/03/2026 | RM200 |
| 01/04/2026 | RM200 |
| 01/05/2026 | RM200 |
| 01/06/2026 | RM200 |
| 01/07/2026 | RM200 |
| 01/08/2026 | RM200 |
| 01/09/2026 | RM200 |
| 01/10/2026 | RM200 |
| 01/11/2026 | RM200 |
| 01/12/2026 | RM200 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM200
Bagaimanapun, tidak semua rakyat Malaysia layak menerima bayaran Bantuan RM200 dalam MyKad kerana ianya disalurkan khas kepada rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori : Ketua Isi Rumah;
- Berpasangan – Ada / tiada tanggungan (anak); atau
- Balu / Duda / Janda – Ada masih tanggungan.
- Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang tersenarai dalam rekod sistem data e-Kasih (Miskin dan Miskin Tegar);
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM200
Untuk mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan RM200 dalam MyKad, status kelayakan boleh disemak melalui laman web rasmi seperti berikut :
- Layari laman web rasmi Portal MyKasih di sini :
- Portal MyKasih akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian ‘Semak Kelayakan’.
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 880530112345.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan “Layak” atau “Tidak Layak”.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN MYKAD RM200
Penerima yang disahkan layak dan menerima bantuan dalam MyKad, boleh menggunakannya dengan cara seperti berikut :
- Kunjungi salah satu (1) premis peruncit yang berdaftar (senarai : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barang keperluan asas yang ada label ‘Sumbangan Asas Rahmah’.
- Tunjukkan MyKad pada juruwang untuk pengesahan penerima.
- Juruwang akan sahkan dan imbas semua barang yang dipilih.
- Pembayaran akan disahkan guna MyKad penerima.
- MyKad penerima akan dikembalikan.
- Resit pembelian juga akan diberikan untuk rujukan penerima.
*Nota : Pembelian menggunakan Bantuan MyKad setiap bulan hendaklah tidak melebihi baki yang ada. Sekiranya melebihi baki, penerima perlu membuat bayaran secara tunai sendiri.
TEMPOH GUNA BANTUAN MYKAD RM200
Namun, setiap penerima perlu mengetahui bahawa Bantuan RM200 yang dikreditkan dalam MyKad mempunyai tempoh sah guna yang ditetapkan selama berikut :
| TEMPOH PENGGUNAAN | TARIKH TAMAT TEMPOH |
|---|---|
| 12 bulan (Januari hingga Disember) | 31/12/2026 |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.