SARA 2026 BUJANG : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN DALAM IC SETIAP BULAN
Terkini! Bermula tahun 2026, seramai 3.1 individu Bujang bakal menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan dalam IC (Kad Pengenalan) sebagai bantuan tambahan untuk memenuhi keperluan asas hidup.
Bagaimanakah cara check status kelayakan sara bujang 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN SARA BUJANG 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 Kategori Bujang, terdiri daripada :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Kategori Bujang | Lulus dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih |
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem eKasih 2026.
JUMLAH BAYARAN SARA BUJANG 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, Kategori Bujang seperti berikut :
| JENIS SARA | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan | Penerima eKasih : RM100 Sebulan (Total Setahun : RM2,400) Penerima Bukan eKasih : RM50 Sebulan (Total Setahun : RM600) |
| SARA ONE-OFF (Sekali Bayar) | RM100 ONE-OFF (Kelayakan : Semua Rakyat Malaysia Berusia 18 tahun dan ke atas) |
JADUAL BAYARAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima mengikut jadual yang telah ditetapkan :
| JENIS SARA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan (Kategori Bujang) | 16 Januari 2026 (Jumaat) |
| SARA ONE-OFF RM100 | 9 Februari 2026 (Isnin) |
Semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas bakal menerima SARA ONE-OFF RM100 sebagai persiapan untuk Sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
CHECK STATUS KELAYAKAN SARA BUJANG 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak (jika anda layak) |
| Tarikh Program Bermula | 16/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 50.00 |
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Status Kelayakan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf