SEMAK BAYARAN STR FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS PEMOHON LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL
Pihak Kerajaan menyasarkan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada seramai 9 juta rakyat dewasa. Namun, hanya seramai 8.1 juta rakyat sahaja yang disahkan layak menerima bayaran Fasa 1 mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Bagaimanakah cara semak bayaran STR Fasa 1? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
KAEDAH BAYARAN STR FASA 1 2026
Hanya dua (2) sahaja kaedah bayaran Bantuan STR disediakan mengikut kepada jenis penerima bagi memudahkan penerima mendapat bayaran. Berikut merupakan kaedah bayaran Bantuan STR Fasa 1 :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR |
|---|---|
| Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’ |
| Penerima Tiada Akaun Bank | Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat |
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026
Bayaran Bantuan STR lazimnya dilaksanakan berperingkat selama tiga (3) hingga ke tujuh (7) hari dari tarikh pertama diumumkan. Berikut adalah tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 1 yang akan mula dibayar :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026 |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Mulai 20 Januari 2026, Selasa |
| Penerima Baharu | Mulai 20 Januari 2026, Selasa |
NILAI BAYARAN STR FASA 1 2026
Kerajaan telah menetapkan nilai bayaran Bantuan STR adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti kadar pendapatan dan jumlah tanggungan anak. Berikut merupakan nilai bayaran Bantuan STR Fasa 1 :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah merangkumi yang berkahwin (ada / tiada anak) dan ibu / bapa tunggal (ada anak).
| KELAYAKAN ISI RUMAH | NILAI BAYARAN STR FASA 1 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | Sehingga RM500 |
| Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) | RM50 hingga RM250 (tertakluk jumlah anak) |
- Kategori Bujang :
- Bujang merangkumi yang belum berkahwin atau balu (kematian pasangan) atau duda / janda (bercerai) dan tiada anak.
| KELAYAKAN BUJANG | NILAI BAYARAN STR FASA 1 |
|---|---|
| Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | – |
| Bujang Berumur 60 tahun & ke atas | RM150 |
SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 1 2026
Pemohon-pemohon sedia ada dan baharu boleh mula membuat semakan status untuk tahu layak atau tidak sebagai penerima bayaran Bantuan STR Fasa 1. Ikuti cara semak status yang lengkap di bawah :
- Layari laman web rasmi STR di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan ikut format yang ditetapkan.
- *tanpa jarak dan tanpa sengkang (-). Contoh : 850230102345.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan nama pemohon.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah dan betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard STR akan dipaparkan.
- Terus klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan bayaran Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT STR
Jika informasi dalam artikel ini tidak cukup bagi anda, anda boleh mendapatkan info lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui pihak berwajib seperti berikut :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.