TARIKH BAYAR SARA BUJANG 2026 : CHECK STATUS LULUS ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM50 SETIAP BULAN DALAM MYKAD
Seramai 3.1 Juta Individu Bujang bakal menerima manfaat bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 bermula bulan Januari, untuk dibelanjakan bagi mendapatkan barangan keperluan asas hidup.
Bilakah tarikh bayar sara bujang 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: STR 2026 TARIKH BAYARAN FASA 1 : CEK LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH BAYAR SARA BUJANG 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan bermula tarikh berikut :
| TARIKH PROGRAM BERMULA | TARIKH PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| 16 Januari 2026 (Jumaat) | 31 Disember 2026 |
Bantuan akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) yang telah didaftarkan oleh penerima dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
SYARAT KELAYAKAN SARA BUJANG 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bujang 2026, terdiri daripada :
| KATEGORI | SYARAT DAN KRITERIA |
|---|---|
| Kategori Bujang | Warganegara Malaysia; Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih |
Kelayakan Bantuan SARA adalah secara automatik (tanpa permohonan) berdasarkan data penerima STR dan eKasih 2026.
JUMLAH SARA BUJANG 2026 DI BAYAR
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Bujang (Berstatus eKasih) | RM100 Sebulan + RM100 ONE-OFF | RM1,200 |
| Bujang (Bukan eKasih) | RM50 Sebulan + RM100 ONE-OFF | RM600 |
Setiap Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas bakal menerima RM100 ONE-OFF (sekali bayar) pada 9 Februari 2026 sebagai bantuan untuk persiapan sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
CHECK STATUS KELAYAKAN SARA BUJANG 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MANFAAT SARA BUJANG 2026
Penerima SARA boleh mendapatkan barangan keperluan asas dengan kredit bantuan yang telah disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) dengan cara seperti berikut :
| LANGKAH | CARA MEMBELI |
|---|---|
| Langkah 1 | Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) |
| Langkah 2 | Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda |
| Langkah 3 | Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga |
| Langkah 4 | Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih |
| Langkah 5 | Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih |
| Langkah 6 | Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad |
| Langkah 7 | Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf