JUMLAH BANTUAN TUNAI STR HASIL 2026 DIBAYAR : SEMAK KADAR BAYARAN YANG AKAN DIKREDIT KEPADA PENERIMA SEMASA FASA 1

JUMLAH BANTUAN TUNAI STR HASIL 2026 DIBAYAR : SEMAK KADAR BAYARAN YANG AKAN DIKREDIT KEPADA PENERIMA SEMASA FASA 1

Kadar kelayakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang akan diberikan kepada setiap penerima yang layak adalah berbeza mengikut kategori kelayakan masing-masing, serta bila fasa permohonan bantuan mula diluluskan.

Berapakah jumlah bantuan tunai str hasil 2026 dibayar? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYKASIH 2026 CEK STATUS KELAYAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA RAHMAH DALAM MYKAD SETIAP BULAN (RM200 & RM100 & RM50)

SYARAT KELAYAKAN

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

KATEGORISYARAT DAN KRITERIA KELAYAKAN
Isi Rumah
(Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah)
Kahwin (Ada atau Tiada Anak) atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
Warga Emas Tiada Pasangan
(Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah)
Bujang atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak

Berumur 60 tahun dan ke atas
Bujang
(Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)
Bujang atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak

Berumur 21-59 tahun

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

JUMLAH BANTUAN TUNAI STR HASIL 2026 DIBAYAR

Kadar Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang diberikan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (Berkahwin Ada dan Tiada Anak / ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SETAHUN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
  • Kategori Bujang (Bujang / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SETAHUN (RM)
Warga Emas Tanpa Pasangan
(Berusia 60 tahun dan ke atas)
RM600
Bujang
(Berusia 21 sehingga 59 tahun)
Bantuan digantikan dengan SARA 2026

Amaun pembayaran untuk setiap Fasa (1, 2, 3, 4) akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

TARIKH BANTUAN TUNAI STR HASIL 2026 DIBAYAR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :

FASA STRTARIKH BAYARAN
Fasa 120 Januari 2026 (Selasa)
Fasa 2Belum diumumkan
Fasa 3Belum diumumkan
Fasa 4Belum diumumkan

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

CARA BANTUAN TUNAI STR HASIL 2026 DIBAYAR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment