SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2026 FASA 1 : SEMAK STATUS SEGERA

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2026 FASA 1 : SEMAK STATUS SEGERA

Tidak kurang dari 10 hari sahaja layak bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa yang pertama (1) akan dilaksanakan dan individu yang berkelayakan akan terima bayaran secara berperingkat melalui akaun bank dan kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bayaran STR Fasa 1? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN SEKOLAH RM150 2026 : TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2026

Berikut adalah syarat dan kriteria kelayakan setiap kategori penerima bayaran Bantuan STR :

  • Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia.
    • Berkahwin ada / tiada anak; atau
    • Balu / duda / janda ada anak.
    • Pendapatan bawah RM2,500 (B40); atau
    • Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur 60 tahun dan ke atas.
    • Tiada pasangan (bujang / balu / duda / janda).
    • Tiada tanggungan.
    • Pendapatan tidak melebihi RM5,000.
  • Bujang :
    • Warganegara Malaysia.
    • Umur bermula 21 hingga 59 tahun.
    • Bujang / balu / duda / janda (tiada anak).
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
    • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.

JUMLAH PENERIMA BAYARAN STR 2026 FASA 1

Seramai lebih 8.1 juta individu telah disahkan layak terima bayaran Bantuan STR Fasa Pertama (1) melibatkan kategori berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENERIMA
Isi Rumah B40 & M403.7 juta penerima
Warga Emas1.3 juta penerima
Bujang3.1 juta penerima

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2026 FASA 1

Untuk tahu kelayakan sama ada layak atau tidak sebagai penerima bayaran Bantuan STR Fasa Pertama (1), ikuti cara semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan penerima Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

KADAR BAYARAN STR 2026 FASA 1

Setiap kategori akan terima kadar bayaran Bantuan STR Fasa Pertama (1) yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
Isi Rumah B40RM500
Isi Rumah M40RM50 hingga RM250
(ikuti jumlah anak)
Warga EmasRM150
BujangDibayar melalui SARA

TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 1

Fasa pertama (1) bayaran Bantuan STR akan dilaksanakan mengikut tarikh yang tertera di bawah :

CARA PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Tunai di Kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
20 Januari 2026 (Selasa)
Pengkreditan dalam
akaun bank penerima / pasangan
Mulai 20 Januari 2026 (Selasa)
dan berperingkat

RUJUKAN LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment