STR 2026 APPLICATION ONLINE : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1

STR 2026 APPLICATION ONLINE : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1

Permohonan (application) STR dibuka sepanjang tahun dan individu yang memenuhi syarat dan kriteria kelayakan boleh memohon secara atas talian (online) sahaja. Jika disahkan layak, bantuan akan dibayar tunai berperingkat bermula dengan Fasa 1.

Bagaimanakah STR application online? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA BULANAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM IC (RM200 & RM100 & RM50)

APA ITU STR?

STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan pemberian bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40).

Bayaran Bantuan STR dilaksanakan secara berperingkat iaitu melalui empat (4) fasa. Dibayar secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank dan dikreditkan dalam akaun bank bagi penerima yang ada akaun bank.

CHECK STATUS STR 2026 ONLINE

Mana-mana individu yang telah memohon Bantuan STR secara atas talian (application online), boleh check status kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran untuk Fasa 1 2026 :

  1. Layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan no Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, klik butang [Semak].
  6. Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
  7. Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
  8. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  9. Klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dashboard akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

JUMLAH BANTUAN STR 2026

Setelah disahkan layak, penerima akan menerima bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH STR 2026JUMLAH FASA 1
Isi Rumah B400 anak : RM700
1-2 anak : RM1200
3-4 anak : RM1700
>5 anak : RM2200
RM500
Isi Rumah M400 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
>5 anak : RM950
RM50
RM100
RM150
RM250
Warga EmasRM600RM150
BujangDiganti SARADiganti SARA

TARIKH PELAKSANAAN STR 2026

Kerajaan akan melaksanakan bayaran Bantuan STR secara empat (4) peringkat fasa mengikut pada tarikh seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH PELAKSANAAN
Fasa 1Mulai 20 Januari 2026 (Selasa)
Fasa 2Belum diketahui
Fasa 3Belum diketahui
Fasa 4Belum diketahui

STR 2026 APPLICATION ONLINE

Bagi yang belum memohon, sila ikuti panduan lengkap cara permohonan atas talian STR (application online) seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
    • Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  6. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  7. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  8. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  9. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  10. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  11. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  12. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  13. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  14. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  15. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  16. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  17. ⁠Selesai.

RUJUKAN STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Rasmi STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian Rasmi STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel Rasmi STR : [email protected]

Leave a Comment