STR 2026 TARIKH BAYAR FASA 1 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan dilaksanakan secara berfasa mengikut tarikh dan jadual yang bakal dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dengan kadar bayaran diberikan mengikut kelayakan penerima dan fasa permohonan bantuan diluluskan.
Bilakah tarikh bayar fasa 1 str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH 2026 BILA MASUK : SEMAK TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD PEMOHON YANG LAYAK
SYARAT KELAYAKAN STR 2026 FASA 1
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH BAYAR FASA 1 STR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | 20 Januari 2026 (Selasa) |
JUMLAH KESELURUHAN STR 2026 DI BAYAR
Amaun Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah
- Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah :
- Tiada (0) Anak : RM700
- Anak 1 hingga 2 : RM1,200
- Anak 3 hingga 4 : RM1,700
- Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
- Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
- Tiada (0) Anak : RM200
- Anak 1 hingga 2 : RM450
- Anak 3 hingga 4 : RM700
- Anak 5 dan Ke atas : RM950
- Kategori Bujang
- Bujang Warga Emas (Tiada Pasangan) : RM600
- Bujang (Berumur 21-59 tahun) : Bantuan digantikan dengan Bantuan SARA
Amaun pembayaran untuk setiap Fasa (1,2,3,4) belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
CHECK STATUS KELAYAKAN STR 2026 FASA 1
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
KAEDAH STR 2026 FASA 1 DI BAYAR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]