MYKASIH 2026 SEMAKAN KELAYAKAN : ADAKAH LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM IC SETIAP BULAN (RM100 & RM200 & RM50)
Hasil penyasaran semula subsidi membolehkan pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih ditambah baik menjadikan kadar keseluruhan bantuan kepada penerima bagi tahun 2026 turut meningkat.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap untuk semakan kelayakan MyKasih 2026, kadar bantuan bulanan, jadual pengkreditan, serta cara penebusan barangan di kedai.
Bagaimanakah semakan kelayakan mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA 2026 SEMAK BAKI : CHECK DUIT BANTUAN MYKASIH YANG MASUK DALAM MYKAD PENERIMA YANG LULUS
MANFAAT MYKASIH 2026
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh menggunakan kredit bulanan yang disalurkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :
- Makanan Asas;
- Makanan dan Minum;
- Makanan Dalam Tin;
- Barangan Kebersihan Rumah;
- Produk Penjagaan Diri;
- Ubat-ubatan;
- Barang Keperluan sekolah
Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :
- Pasar raya besar (Contoh : Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
- Pasar raya mini (Contoh : 99 Speedmart);
- Kedai Runcit berdaftar;
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar eKasih dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR KELAYAKAN MYKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 akan dikreditkan setiap bulan ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut :
- SARA EKASIH
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 (Januari – Disember) | RM2,400 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 (Januari – Disember) | RM1,800 |
| Bujang | RM100 (Januari – Disember) | RM1,200 |
- SARA BUKAN EKASIH
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 (Januari – Disember) | RM1,200 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM50 (Januari – Disember) | RM600 |
| Bujang | RM50 (Januari – Disember) | RM600 |
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih diteruskan pada tahun 2026. Namun, tarikh rasmi pembayaran belum diumumkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja pengumuman dari Kementerian Kewangan (MOF) dikeluarkan.
CARA GUNA IC UNTUK BELANJA ELAUN MYKASIH
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
SEMAKAN KELAYAKAN & BAKI MYKASIH 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202026.pdf
Terima kasih ya Allah