JUMLAH BANTUAN STR 2026 AKAN DI BAYAR : SEMAK KADAR BAYARAN BAKAL DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK FASA 1
Bantuan tunai kerajaan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 terus menjadi tumpuan rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40 yang memerlukan sokongan kewangan bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagi pemohon yang layak, bayaran STR 2026 akan dibuat secara berperingkat dan Fasa 1 merupakan bayaran terawal yang paling dinantikan. Ketahui berapa jumlah Bantuan STR yang akan dibayar di bawah.
JUMLAH BANTUAN STR 2026 AKAN DI BAYAR
Berikut adalah jumlah Bantuan STR yang akan dibayar untuk tahun 2026 :
đŠââ¤ī¸âđ¨ Bayaran Untuk Isi Rumah :
| BILANGAN TANGGUNGAN | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM200 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 | RM450 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 | RM700 |
| >5 orang | RM2,200 | RM950 |
đ§ Bayaran Untuk Bujang :
| BILANGAN TANGGUNGAN | BUJANG UMUR 21 – 59 TAHUN | BUJANG UMUR >60 TAHUN |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM600 |
TARIKH BANTUAN STR 2026 AKAN DI BAYAR
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Bantuan STR secara berperingkat seperti berikut :
âŠī¸ Januari / Februari 2026 (Mungkin Sebelum Perayaan Tahun Baru Cina).
đ Mac / April 2026 (Mungkin Sebelum / Selepas Perayaan Aidilfitri).
đ˛đž Ogos 2026 (Mungkin Sebelum Sambutan Hari Kebangsaan).
đĒ November 2026 (Mungkin Sebelum Perayaan Deepavali).
*Namun, tarikh-tarikh bayaran Bantuan STR akan dikemaskini semasa mengikut pindaan dari semasa ke semasa.
CARA BANTUAN STR 2026 DI BAYAR
Berikut adalah cara-cara Bantuan STR dibayar kepada penerima :
đĻ Dibayar tunai di Bank :
- Bayaran akan diberikan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank atau status gagal kredit atau penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses internet banking.
đą Dibayar melalui akaun Bank :
- Bayaran akan dikreditkan secara tunai melalui sistem IBG Fund Transfer terus akaun bank penerima / akaun bank pasangan khas kepada penerima yang mempunyai akaun bank serta masukkan maklumat akaun yang lengkap dalam permohonan.
SEMAK STATUS PEMOHON BANTUAN STR 2026
Ikuti cara semak status kelayakan sebagai pemohon Bantuan STR seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| MySTR 2026 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR yang tertera di atas.
- Halaman utama MySTR 2026 akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian ‘Log Masuk’ STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- *Tanpa jarak & tanpa sengkang (-) contoh : 800230115678.
- Klik pada butang [Semak].
- Nama pemohon dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
- Jika ianya betul, klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata laluan] yang tepat dan betul.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Papan pemuka akan dipaparkan.
- Klik pula pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan pemohon Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Untuk rujukan lebih lanjut berkaitan bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah), pihak tuan / puan boleh kunjungi LHDN atau hubungi talian rasmi STR HASiL di 1800 88 2747 atau STR MOF 03 8882 4565 / 4566.