TARIKH SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 1 2026 : YANG LAYAK SEBAGAI PENERIMA BANTUAN AKAN MENERIMA BAYARAN

TARIKH SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 1 2026 : YANG LAYAK SEBAGAI PENERIMA BANTUAN AKAN MENERIMA BAYARAN

Hanya penerima sedia ada yang membuat kemaskini atau pemohon baharu yang mengemukakan permohonan sebelum pada 28 November 2025 sahaja akan diproses dan disahkan layak (berdasarkan syarat) sahaja akan terima bayaran Bantuan STR untuk Fasa 1 bagi tahun 2026.

Bilakah tarikh semakan status Bantuan STR Fasa 1 2026? Baca maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH RM300 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK BAKAL TERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN – CHECK STATUS SEGERA

NILAI BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026

Berdasarkan kategori penerima dan kelayakan, bayaran Bantuan STR untuk Fasa 1 bagi tahun 2026 adalah sebanyak nilai berikut :

KATEGORI PENERIMANILAI BAYARAN
BANTUAN STR FASA 1
Isi Rumah B40RM150 hingga RM500
*tertakluk jumlah anak*
Isi Rumah M40RM50 hingga RM250
*tertakluk jumlah anak*
Warga EmasRM150
Bujang

JADUAL BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026

Pembayaran Bantuan STR untuk Fasa 1 bagi tahun 2026 akan dilaksanakan berperingkat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu mengikut jadual berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
BANTUAN STR FASA 1
Penerima Sedia AdaJanuari – Februari 2026

*akan dikemaskini semula
mengikut tarikh yang akan
diumumkan*
Penerima BaharuJanuari – Februari 2026

*akan dikemaskini semula
mengikut tarikh yang akan
diumumkan*

KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026

Bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) hanya akan dilaksanakan secara tunai sahaja sama ada bayaran di bank atau dikreditkan dalam bank seperti berikut :

BAYARAN TUNAI DI BANKPENGKREDITAN TUNAI DALAM BANK
Pembayaran tunai hanya di kaunter
cawangan Bank Simpanan Nasional
(BSN) sahaja akan diberikan
kepada penerima yang tidak
memasukkan nombor akaun
bank semasa permohonan
Pengkreditan tunai terus ke
dalam akaun bank penerima
akan dilakukan kepada penerima
yang mempunyai akaun bank
yang aktif serta memasukkan
nombor akaun dalam permohonan

TARIKH SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 1 2026

Semakan status Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana Portal Rasmi MySTR sentiasa dibuka untuk pelbagai urusan. Namun, untuk mengetahui status kelayakan Fasa 1 2026, pemohon perlu membuat semakan secara berkala dari semasa ke semasa.

*Tarikh semakan status untuk tahu layak atau tidak Fasa 1 akan diumumkan secara rasmi nanti.

CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR 2026

Semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) boleh dilakukan secara dalam talian (online) mengikut panduan seperti berikut :

  1. Layari pautan Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama MySTR, klik butang [Log Masuk].
  3. Masukkan ‘No. Kad Pengenalan’ pada ruang kosong tersebut.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
  6. Jika ianya betul, klik butang [Ya].
  7. Masukkan ‘Kata Laluan’ pengguna dengan tepat.
  8. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  9. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Klik pula pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima Bantuan STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya menulis maklumat berkaitan Bantuan STR yang dirujuk berdasarkan Portal Rasmi MySTR. Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan / puan boleh buat rujukan melalui pihak berwajib seperti :

  • Kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); atau
  • Hubungi Talian Rasmi STR 03 8882 4565 / 03 8882 4566; atau
  • Emelkan ke [email protected]

Leave a Comment