SEMAKAN KELULUSAN PEMOHON BANTUAN MYSTR 2026 : SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN FASA 1

SEMAKAN KELULUSAN PEMOHON BANTUAN MYSTR 2026 : SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN FASA 1

Kini, semakan kelulusan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi MySTR untuk mengetahui status permohonan sama ada lulus atau tidak terima bayaran fasa pertama (1) tahun 2026.

Bagaimanakah cara semakan kelulusan pemohon Bantuan MySTR? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EKASIH RM300 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS AKAN DAPAT BAYARAN DALAM IC SETIAP BULAN – CEK SEGERA

SEMAKAN KELULUSAN PEMOHON BANTUAN MYSTR 2026

Bagi pemohon sedia ada yang telah kemaskini permohonan dan pemohon baharu yang telah kemukakan permohonan Bantuan STR boleh menyemak kelulusan sebagai penerima mengikut panduan seperti berikut :

Setelah klik pada link rasmi di atas, ikuti cara semakan kelulusan seperti berikut :

  1. Pada halaman utama MySTR, klik butang [Log Masuk].
  2. Masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan’ anda.
    • *Pastikan tanpa jarak dan sengkang (Contoh : 800230114567).
  3. Klik pada butang [Semak].
  4. Nama anda akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
  5. Jika paparan tersebut betul, klik [Ya].
  6. Masukkan [Kata Laluan] dengan tepat.
  7. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  8. Dashboard akan dipaparkan jika berjaya ‘Log Masuk’.
  9. Untuk ketahui status, klik bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status permohonan akan dipaparkan seperti berikut :
    • ‘Permohonan Dalam Proses’ / atau
    • ‘Permohonan Diterima’ / atau
    • ‘Permohonan Lulus’ / atau
    • ‘Permohonan Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

KADAR BANTUAN MYSTR IKUT KELULUSAN 2026

Tentunya kadar bayaran Bantuan STR bakal diberikan mengikut kelulusan dan kelayakan setiap kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN STR
Isi Rumah B40RM700 – Tiada anak
RM1,200 – 1 / 2 anak
RM1,700 – 3 / 4 anak
RM2,200 – 5 anak / lebih
Isi Rumah M40RM200 – Tiada anak
RM450 – 1 / 2 anak
RM700 – 3 / 4 anak
RM950 – 5 anak / lebih
Warga EmasRM600
Bujang
*Selain kadar Bantuan STR, semua yang lulus permohonan akan secara automatik layak terima bayaran Bantuan SARA (iaitu tambahan kepada bayaran Bantuan STR).

TATA CARA PEMOHON TERIMA BANTUAN MYSTR 2026

Setelah disahkan layak, pemohon akan terima bayaran Bantuan STR secara berperingkat selama empat (4) fasa melalui dua (2) cara berikut :

  1. Cara Pemohon Tiada Akaun Bank Terima Bayaran :
    • Bayaran Bantuan STR akan dibayar menerusi kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana kaunter di pusat bersesuaian akan dimaklumkan kepada penerima yang tiada akaun bank atau tiada akses bank (pedalaman Sabah dan Sarawak).
  2. Cara Pemohon Ada Akaun Bank Terima Bayaran :
    • Bayaran Bantuan STR akan dikreditkan masuk ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat selama 3 hingga 5 hari bekerja dari tarikh yang diumumkan.

TARIKH TERIMA BANTUAN MYSTR 2026

Walaupun tarikh terima Bantuan STR untuk tahun 2026 masih belum diumumkan. Namun, bayaran dijangka akan diterima mengikut waktu berikut :

  • Fasa 1 – Dijangka sebelum Tahun Baru Cina.
  • Fasa 2 – Dijangka sebelum Hari Raya Aidilfitri.
  • Fasa 3 – Dijangka sebelum Hari Kebangsaan.
  • Fasa 4 – Dijangka sebelum Deepavali.

*Namun, tarikh akan dikemaskini semula mengikut pindaan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

RUJUKAN LANJUT MYSTR

Tujuan penulisan dalam artikel ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang Bantuan STR. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Untuk rujukan lebih lanjut, sila :

  • Kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau
  • Hubungi Talian STR HASiL : 1-800-88-2747 atau
  • Hubungi Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel ke :[email protected]

Leave a Comment