JUMLAH BANTUAN TUNAI STR 2026 DIBAYAR : CEK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LULUS SEMASA FASA 1
Seramai sembilan (9) juta pemohon tidak akan terima jumlah Bantuan Tunai STR yang sama, kerana jumlah bayaran adalah tertakluk kepada kelayakan penerima seperti kategori, kadar pendapatan dan bilangan anak (tanggungan).
Bagaimanakah cara semak jumlah Bantuan Tunai STR yang akan dibayar 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : JADUAL BAYARAN SARA 2026 : SEMAK TARIKH MASUK DUIT MYKASIH DALAM IC KEPADA PENERIMA YANG LAYAK
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI STR
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai STR untuk tahun 2026 :
- Kelayakan ‘ISI RUMAH’ :
- Warganegara Malaysia.
- Tiada had umur.
- Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu bapa tunggal (ada anak).
- Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau bawah RM5,000 (M40).
- Kelayakan ‘Warga Emas’ :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Tiada pasangan / balu / duda / janda.
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000.
- Kelayakan ‘Bujang’ :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur 21 hingga 59 tahun.
- Bujang / balu / duda / janda tiada anak.
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500.
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR 2026 DIBAYAR
Bantuan Tunai STR akan dibayar dengan jumlah mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN TUNAI STR | JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN STR |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM700 RM1,200 RM1,700 RM2,200 (ikut bil. anak) | RM1,200 atau RM2,400 |
| Isi Rumah M40 | RM200 RM450 RM700 RM950 (ikut bil. anak) | RM1,200 |
| Warga Emas | RM600 | RM600 atau RM1,800 |
| Bujang | – | RM600 atau RM1,200 |
JADUAL BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR
Berikut adalah jadual Bantuan Tunai STR yang akan dibayar untuk tahun 2026 :
| FASA-FASA BAYARAN | TARIKH BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR |
|---|---|
| Fasa Pertama (1) | Januari – Februari 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa Kedua (2) | Mac – April 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa Ketiga (3) | Ogos 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa Keempat (4) | November 2026 (akan dikemaskini) |
CEK JUMLAH BANTUAN TUNAI STR 2026 YANG LAYAK
Oleh kerana, jumlah Bantuan Tunai STR dibayar mengikut kelayakan, ikuti cara cek kelayakan dan jumlah bayaran seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan & jumlah Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH BANTUAN TUNAI STR DIBAYAR
Setelah status disahkan ‘Layak’ sebagai penerima, anda akan terima Bantuan Tunai STR melalui dua (2) kaedah berikut :
| DIBAYAR TUNAI MELALUI KAUNTER BANK | DIBAYAR TUNAI MELALUI AKAUN BANK |
|---|---|
| Bantuan Tunai STR akan dibayar secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada maklumat akaun bank | Bantuan Tunai STR akan dibayar secara pengkreditan tunai ke dalam akaun Bank penerima atau akaun Bank pasangan bagi yang ada maklumat akaun bank |
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]