TARIKH SEMAKAN STR FASA 1 2026 : SEMAK STATUS PEMOHON YANG LAYAK AKAN MENERIMA BAYARAN BANTUAN

TARIKH SEMAKAN STR FASA 1 2026 : SEMAK STATUS PEMOHON YANG LAYAK AKAN MENERIMA BAYARAN BANTUAN

Pemohon sedia ada yang telah kemaskini permohonan atau pemohon baharu yang telah kemukakan permohonan boleh menyemak status kelayakan untuk tahu keputusan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 2026.

Bilakah tarikh boleh semakan STR Fasa 1 2026? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN EKASIH 200 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PEMOHON & JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA

TARIKH SEMAKAN STR FASA 1 2026

Bagi pemohon yang telah berjaya memohon atau telah kemaskini permohonan Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) sebelum 28 November 2025 boleh membuat semakan secara berkala untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Fasa 1 2026.

CARA SEMAKAN STR FASA 1 2026

Ikuti cara mudah untuk semak status kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima Bantuan STR Fasa 1 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama STR (Sumbangan Tunai Rahmah).
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
  4. Terus klik [Semak].
  5. Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, klik butang [Semak].
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang [Log Masuk].
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
  13. Status permohonan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

KADAR AGIHAN STR FASA 1 2026

Berikut merupakan kadar agihan Bantuan STR untuk Fasa 1 2026 kepada setiap kategori :

KATEGORI PENERIMAKADAR AGIHAN
STR FASA 1 2026
Isi Rumah B40RM150 hingga RM500
(Mengikut bilangan anak)
Isi Rumah M40RM50 hingga RM250
(Mengikut bilangan anak)
Warga EmasRM150
Bujang

JADUAL AGIHAN STR FASA 1 2026

Berikut merupakan jadual anggaran agihan Bantuan STR untuk Fasa 1 2026 :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH AGIHAN
STR FASA 1 2026
Penerima Sedia AdaJanuari / Februari 2026
(akan dikemaskini semula
apabila diumumkan secara rasmi)
Penerima BaharuJanuari / Februari 2026
(akan dikemaskini semula
apabila diumumkan secara rasmi)

CARA AGIHAN STR FASA 1 2026

Terdapat dua (2) cara agihan Bantuan STR untuk Fasa 1 kepada penerima yang layak :

JENIS PENERIMACARA AGIHAN BANTUAN
STR FASA 1 2026
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan tunai ke dalam akaun
bank penerima / akaun bank pasangan
secara berperingkat
Penerima Tiada Akaun BankDibayar tunai di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
seluruh Malaysia

RUJUKAN LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment