TARIKH PEMBAYARAN WANG BANTUAN STR 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN FASA 1
Pembayaran wang Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) bakal dilaksanakan secara berperingkat pada tarikh-tarikh tertentu bergantung kepada pindaan dari semasa ke semasa. Setiap pemohon perlu mengetahui status kelayakan untuk tahu bila akan terima bayarang wang Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah).
Bagaimanakah cara check status penerima & tarikh pembayaran wang Bantuan STR 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
NILAI WANG BANTUAN STR 2026
Tidak semua akan terima wang Bantuan STR dengan nilai yang sama, sebaliknya Bantuan STR akan dibayar dengan nilai yang berbeza bergantung kepada kategori dan kelayakan masing-masing :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Berpasangan (ada / tiada anak) atau Ibu bapa tunggal (ada anak).
| KELAYAKAN ISI RUMAH | NILAI WANG BANTUAN STR 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | Tiada anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 Lebih 5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | Tiada anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 Lebih 5 anak : RM950 |
- KATEGORI BUJANG :
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak atau tiada yang tepati syarat).
| KELAYAKAN BUJANG | NILAI WANG BANTUAN STR 2026 |
|---|---|
| Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | Tiada & diganti dengan Bantuan SARA |
| Bujang Berumur 60 tahun & ke atas | RM600 |
TARIKH PEMBAYARAN WANG BANTUAN STR 2026
Pembayaran wang Bantuan STR untuk tahun 2026 bakal dilaksanakan secara berperingkat dari Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 pada tarikh-tarikh tertentu seperti jadual di bawah :
| PERINGKAT FASA | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari – Februari 2026 |
| Fasa 2 | Mac – April 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | November 2026 |
KAEDAH PEMBAYARAN WANG BANTUAN STR 2026
Untuk memudahkan rakyat / penerima menerima wang Bantuan STR, Kerajaan menyediakan dua (2) kaedah pembayaran yang mudah mengikut jenis penerima sendiri :
- Pembayaran tunai melalui Kaunter Bank :
- Bagi penerima yang tiada akaun bank atau tidak mempunyai maklumat akaun bank atas nama sendiri yang aktif, perlu mengambil wang tunai melalui Kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
- Pembayaran dikreditkan melalui Akaun Bank :
- Bagi penerima yang ada akaun bank yang aktif serta memasukkan maklumat akaun dalam permohonan perlu menunggu wang Bantuan STR dimasukkan secara berperingkat tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
CHECK STATUS PENERIMA WANG BANTUAN STR 2026
Status penerima Bantuan STR, hanya boleh dicheck melalui Laman Web Rasmi MySTR 2026 https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sahaja. Bagi yang tidak tahu cara check status sebagai penerima, ikuti panduan lengkap di bawah :
- Pergi ke Laman Web Rasmi MySTR 2026.
- Pada halaman utama tersebut, klik [Log Masuk].
- Masukkan No.Kad Pengenalan.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Semak].
- Untuk pengesahan, ‘Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Jika betul, klik butang [Ya].
- Masukkan ‘Kata Laluan’ yang tepat.
- Klik sekali lagi [Log Masuk].
- Paparan seterusnya adalah ‘Dashboard Pemohon’.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Bantuan STR 2026 akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT BANTUAN STR
Informasi yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk dari Laman Web Rasmi MySTR dan kami kongsikan untuk mudahkan carian pelawat berkaitan ‘Pembayaran Bantuan STR 2026’. Untuk info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib melalui :
- Laman Web Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Rasmi STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian Rasmi STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- Emel Rasmi : [email protected]