AMAUN BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN DUIT YANG DITERIMA PENERIMA YANG LAYAK UNTUK FASA 1

AMAUN BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN DUIT YANG DITERIMA PENERIMA YANG LAYAK UNTUK FASA 1

Tahukah anda? Jumlah amaun bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 berkemungkinan akan berubah pada tahun 2026, jadi penerima yang berkelayakan boleh menyemak dan mengemaskini status bantuan terbaharu STR dengan kadar segera.

Bagaimanakah Cara Semak Amaun Bantuan STR yang dibayar 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : TARIKH AKHIR TEBUS DUIT SARA MYKASIH DALAM IC 2025 : SEMAK DAHULU TARIKH TAMAT BANTUAN DALAM MYKAD SEBELUM GUNA

AMAUN BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026

Bantuan STR akan dibayar dengan amaun yang berbeza bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN STR
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM700 – Tiada anak
RM1,200 – 1/2 anak
RM1,700 – 3/4 anak
RM2,200 – 5 anak ke atas
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM200 – Tiada anak
RM450 – 1/2 anak
RM700 – 3/4 anak
RM950 – 5 anak ke atas
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM600
Bujang Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada
(diganti Bantuan SARA)

SEMAK AMAUN BANTUAN STR IKUT KELAYAKAN 2026

Ikuti cara semak berapa amaun Bantuan STR yang anda layak mengikut status kelayakan permohonan anda :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan & amaun Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

TATA CARA BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Terdapat dua (2) tata cara Bantuan STR dibayar kepada penerima untuk tahun 2026 :

JENIS PENERIMATATA CARA BAYARAN
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan menerusi sistem
‘IBG Fund Transfer’ terus
ke dalam akaun bank penerima
atau akaun bank pasangan
Penerima Tiada Akaun BankDibayar secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
atau kaunter pemberian
yang akan dimaklumkan

JADUAL BAYARAN BANTUAN STR 2026

Bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 dijadualkan berfasa seperti berikut :

FASA-FASABAYARAN BANTUAN STR
Fasa 1Januari / Februari 2026
(akan dikemaskini)
Fasa 2Mac / April 2026
(akan dikemaskini)
Fasa 3Ogos 2026
(akan dikemaskini)
Fasa 4November 2026
(akan dikemaskini)

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment